Donut Pisang dan Eszyamin

Assalamualaikum,
Leh tak nak tukar nama blog?
Contoh, kek coklat emy, pisang goreng,
'eh pisang?' huhu propa sangat.
tak mau lah.
Tengah memikiokan idea yang bernas
dan kreatif beriringan dengan motif dan
matlamat agar apa yang diimpikan tercapai.

-pergh, panjang sangat-haha

Ok, tak de la maksud nak tukar sangat
pun. Cuma TERjeles la kan, bila blog
si Donut Pisang tu jadi kebaboom pas
tu ada lak yang sayang dia sangat2
sampaikan sanggup buatkan donut
pisang yang resipinya belum ada kat
pasaran. Kembang terus si Donut Pisang
bila Eszyamin buatkan donut berFiling
pisang.

Tapi ekceli selama ni terimaginkan
donut yang dohnya bergaul sekali
ngan pisang, ala2 kek pisang.
hahaha
sangat tak lawak, so, sape2 yang
lom menerjah blog mereka ni,
silakan, mereka single, AVAILABLE
ke tak, tak sure sangat. hehehe

Donut Pisang VS Eszyamin 


soryyyyy akak curi yuuuu! 
p/s: nak belanja korang laksa sarawak,
tunggu la akak menetap kat tanah malaya dulu ye.
hiks


Chop please please.......

Assalamualaikum......
Mesti sume pernah nengok iklan ni kan?
Suke suke sangat!
Kalau iklan macam ni ada kat sume
stesen tv Malaysia konfem all
Malaysian leh guna English dengan
betul.
Bayangkan my niece umur 2 years
suka sangat iklan ni, berlari tau, kalau dengar.

Orait, jom prektis speaking bersama.
Rancangan ni akan ada kat 610.
Every Sunday starting on 20th May
kalau tak silap. :))

Nangis Makan Megi

Assalamualaikum,
Sejujurnya akulah orang yang paling banyak
punya kelemahan,
Ketika orang dah berjaya dapat itu ini, aku
masih di sini tergapai, tercari, mengharapkan
kegembiraan yang ku cipta.
Terima kasih kawan2 blog yang selalu membuatkan
aku tersenyum, ketawa, 'pumpang' katanya.
(Faham lah mereka sape ye)

Ye, aku menangis time makan megi tadi.
Time tu tengah nengok MANIA. sape nengok
Aril nyanyi lagu Kembali Senyum?
Huwaaa, taching taching. serius, megi aku
telan macam telan tulang ikan je,

Aku terfikir mungkin nanti ye, aku akan
duduk macam ni, makan megi sorang,
menangisi megi yang tak mampu dihabiskan.
haruskah aku berperangai kebudak2kan?

itu je yang terluah
-listening Maher Zain Number One-


rindu kau comel! sangat rinduuuuuuu muahhh

Dedicated For You Miss N.S.D





Dear Miss NSD,
Always remember that a lots of people do love you.
One of them is me.
Keep yourself strong, because you are stronger now.
Thanx for all things that you have done for me and your brother.

Really appreciate it.
Love you deep in my heart.

Kenali Dosa Dunia.

Assalamualaikum,
Actually aku tak sure sangat betul ke tajuk tu,
tapi aku cuma nak menyampaikan isi penting
kata-kata Ustaz Hanafi Abdul Malek
mengenai keruntuhan akhlak remaja sekarang.
Di mana silapnya.....

Paling aku setuju bila ustaz cakap perkenalkan
anak-anak dengan dosa dunia. wow, |puzzle pop
out| benda dosa dunia ni selalunya mak ayah
terlepas pandang,

asyik bagi kemewahan je, tapi benda dosa dunia
ni dianggap sensitif dan membawa kemudaratan.
salah okay. sebenarnya benda ni la salah satu penyebabnya.

Bila mak ayah tak kenalkan dosa dunia ni dengan
anak-anak, sape akan kenalkan? ye, BOYPRENG
diorang okay. then, diorang akan rasa heaven nya
bila baru kenal benda-benda baru. sebab tu mereka
seronok keluar dengan BOYPRENG dan rasa
bosan keluar ngan family.

ok done. salam jumaat.

E.G ; dosa dunia ialah
-panggung wayang, pusat karaoke, pusat game,
konsert, erm...... senaraikan la sendiri-

p/s: macam tak gemar bila ibu bapa invite
boypreng/gelpreng anak join sekali outing.
what i mean is, betul ke boypreng/gelpreng 
anak diorang ni nanti akan jadi menantu???
and benda ni menggalakkan anak-anak bercinta,
which is totally wrong for me.

-mak ayah sangat melarang/menegah kebercintaan
sehinggalah aku cakap nak bertunang, baru la mak
ayah bagi bercinta. parents always RIGHT!-

waiting for diz moment.
:)

Ambik berat ke ambik ringan

Assalamualaikum,
Kadang2 terfikir jugak pandangan orang lain
terhadap diri aku ni, tapi semacam otak dah tak
larat nak memikirkan.

Kalau nak diikutkan cakap orang memang tak leh
jalan la hidup ni kan. Benda yang selalu aku fikirkan
ialah |macamskemaje|

"budak ni tak nak keje ke?
duk melepak je kat umah abiskan duit mak bapak"

"budak ni ada sijil tinggi je tapi tak keje pun"

"sampai bila la budak ni nak keje, pemalas ni"

awww, sampai hati korang. hukhuk
belum rezeki katanya,
i know what i want, and i know what i did.

aku tak minta pun duit korang, so stop
keep in thinking bout me.
bazir hidup korang je. err, lantak aku
la kan,

tapi thank you gak sebab ambil berat pasal
aku. love u all darl!

mampu pakai kuda kayu ni je :)

Facebook dah bosan.

Sape setuju give me 5.
Bak kata kakak aku, ada tak benda baru selain FB ni?
Ada je, tpi bosan gak kan?

Firstly, aku mula menyampah bila FB aku
bertukar jadi timeline. Malas aku nak
bising kat Mark tu.

Secondly, bila warga2 facebook hupdate
benda aibkan diri sendiri, hupdate hal
suami isteri, umpat keji, cacian, bul*****,
bod**, hrmmm, aku yang baca status diorang
pun dapat dosa sekali ok.

Thirdly, bila budak2 kecik umur belasan tahun
asyik nak bercinta, menayang boyfren masing2
yang tak berapa nak ada. ce tanya duit dia
belanja ko tu duit mak bapak dia kan kan??
tak yah nak menunjuk sangat la dik. hempuk
kepala kang baru tau. aku dulu umur korang
nak bercinta pun aku takut, apa lagi nak tayang
muka boyfren, kompem ayah aku sebat.

Lastly, korang fikir la sendiri, aku malas nak sebut.
huhuhu
mudah-mudahan kita berkongsi ilmu di FB dan
mendapat manfaatnya. amin.......
assalamualaikum.....

yea!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...