Top 15, Lagu Pilihan 2011.

Assalamualaikum semua......
Bila orang lain update kenangan 2011, erm,
aku nak update Top 20, lagu pilihan aku untuk 2011.

1. Kalau Berpacaran-Suhaimi Mior Hassan/Anna R./Altimet.
2. Janji-Akim.
3. Pokok-M.U.H
4. Kisah Dongeng-Stacy.
5. Sedetik Lebih-Anuar Z.
6. Awan Nano- Hafiz.
7. Drama King- M.U.H
8. Cinta Teragung-Hazama.
9. Lelaki Seperti Aku-Alif S.
10. Berdua Bersatu- Fourteen.
11. Aishiteru-Zhifillia.
12. Beribu Sesalan-3suara.
13. InsyaAllah-Maher Zain.
14. Dhia-Adi Putra.
15. Ombak Rindu-Hafiz/Adira.

Nak tag:
*Shera-Akukah Ini?
*EmyZulaiha
*Sue
*Mish
*Sailaaf
*Nanakimie
*Ezad

Siapa Yang Anda Nak Date Selain Faridzul Amir?

Eh cam pelik, ni memain je ye. hehe
*Faridzul Amir tu tunang*


Ok2, memang tak masuk akal, tapi cam best bila berangan je. hehehe
Nak date dengan........ ni.........

auuuuuuuuuuuuu........
kenapa, kenapa pierre?
ok, senang, sebab dia simple and cool.

*sorry sayang, benda ni tak de kaitan ngan hati and perasaan.
so, dont get me wrong. hehe

Cinta Setahun, Kahwin Sehari.

Tajuk perbincangan Semanis Kurma hari ni, tak start lagi pun.
Tapi aku nak mendefinasikannya sendiri.

Terkedu and terus terdiam sebab dengar ayat ni kat tv tadi.
Mesti mak berkata dalam hati.
"haaa dengar tu, nak sangat kawin cepat" aihhhhhh
*hahaha aku membaca minda ak aku yang sememangnya fitnah semata-mata.

Manada mak nak cakap macam tu.
umur aku dah sesuai kot kawin, *katanya.......

Tapi yang macam tak selesa ngan ayat ni, patah kedua tu, KAHWIN SEHARI.
ermm, sangat seram kalau memikirkannya kan.
ye lah, bercinta bertahun2, then lepas kawin tak sampai setahun dah cerai. uishhhhh
jangan la, dijauhkan...... :)

Sekarang ni ramai yang kawin muda2 kan, tapi memang ada kebaikannya,
cuma bila kawin, pastu tanggungjawab buat2 pandang sebelah mata memang kahwin sehari je.
komitmen kedua2 pihak kot yang penting kan?
harusla....... kalau suami je usahakan jaga perkahwinan, isteri lak ada skandal, memang la jadi benda tak diingini.

yang penting kesabaran harus banyak la kan........ renung2kan. assalamualaikum.

Terliur lak, what to do?

Kalau dah cakap terliur tu mesti la nak makan kan? hehe
Tapi kadang2 ada gak yang terliur nak shopping, haa tu penyakit aku gak.
Nak cite benda yang aku terliur ni,

ni diaaaa, KUEW TIAW KUNGFU. 
wachaaaa
yang ni hasil air tangan kawan aku. 
sedap ooo,
sanggup dia buatkan, padahal aku tak minta,
aku sebut je, tapi yang ni gambar 4 bulan lepas.

btway, nak cakap, kat limbang, sarawak ni takde mana2 gerai, restoran yang jual benda alah ni, 
alahai, kenapaaa. pakcik kedai, tolong la buat.
adess, mesti korang cakap, buatla sendiri emy. 
ye, kalau aku try, menjadik je kot, tapi aku nak orang gak yang buatkan.
penah aku minta kat kedai macam ni "kak, nak kuew tiaw basah, jangan letak kicap"
blur akak tu, tapi dia buat jugak. 
then memang ada gaya kuew tiaw kungfu, just taste lain ckit. 
tapi lepas gak liur tu. hehe

Assalamualaikum, 28thDec. 

A feeling that I cant explain.

Assalamualaikum, 25th Dec.
Entry ni peribadi sikit + emotional + kebudak-budakkan. = tetiba rasa nak buat luahan perasaan.

This is my 1st sister.

Ok, teruskan bacaan..... :)
Her name is Sufina. Ok, she never let me down.
Because? 
"Kak, nak ni..... err nak tu pulak", atau "Sis, nak tengok wayang, takde duit, bank in duit ley?" atau "Sis, tak ley la kalau macam ni....." *down la kononnya.

She replied me.....

"Ok, boleh je" atau "No probs...." atau "Jangan la macam ni, hidup ni kan memang didatangi masalah" atau "Orang kan, dah nama orang memang gitu"

Dia tak pernah bagi perasaan negatif @ marah2 kat aku......
Tapi kalau dia marah aku tau.... Dia senyap banyak, dia angguk banyak, aku pun, 'erghh nak buat macamana ni?' 

Thanx kak, walaupun aku banyak guris hati kakak, kakak tetap layan aku macam aku masih umur 7tahun. 
She knows everything about me.
And the feeling that I cant explain is, when she got married...... Dia dah mula sibuk ngan husband and daughter. JELES? Yes, exactly...... Tapi itu memang perlu terjadi kan? Because 1 day aku pun akan berkahwin dan ada hubby and anak......
Jeles yang aku katakan ialah bila kakak rasa nak stay kat kampung tapi husband ajak balik dah, sangat tak best. even diorang bertiga je, beza dia, rumah ni riuh rendah, ada je topik yang best untuk disembangkan......

EXTRA:::
Our family jenis yang payah nak tunjukkan yang kitorang sayang and care. Mama je yang meluahkan kasih sayangnya dengan tulus. What i mean is kitorang takkan cakap "sis, i love u, i miss u" err entah...... tapi aku luahkan dengan cara aku, aku care anak dia, aku sanggup jaga anak dia, aku tak pernah kurangkan kasih sayang kat anak dia. aku tolong kakak semampu yang boleh. 

"Kak, semua tu cukup ke? U can feel i'm loving u? I always love u sis"

p/s : aku mula belajar luahkan perasaan from my future adik2 in law. sayang diorang gak! love all people around me!


She's win my heart all the time!


Little Arissa menari sakan. 
Haiiii tak tau la nak cakap ini satu kesilapan ke atau kebaikan.
Bukan apa, dia leh minat kat lagu2 korea. 
Aduiii, pengaruh buruk ke baik ni eh?
Actually, aku suka step tarian diorang je, and + Arissa love dance!
Tapi aku tetap rasa benda ni baik kot, sebab her mama said dia akan duk diam kalau tengok vid lagu Sorry Sorry Sorry-Super Junior tu.

Ok, jom layan vid Little Arissa, *penyejuk hati ku ini* hehe :D
Kat SINI ye.....

Day 12- Apa yang ada dalam beg make up anda.


haaaaa...... ni je yang ada.
actually i'm not a girl with makeup.
hahaha
bukan apa, tak reti sangat.
jap g tempek sana sini, jadi lain pulak.
hehe 
dulu suka sangat guna eyeliner, then akibat lepas pakai kena basuh2, nak buang amat leceh, so, sekarang sangat natural. 


yang penting, dua benda ni ada dah cukup.
tak de la muka kusam sangat kan.......
eh, lupa something, lipstik.
takde dalam gambar, entah pegi mana sebab anak buah suka sangat main.

tu je, okbye! assalamualaikum.......


Day 11- Gadjet yang anda ada.

Got 1 acer laptop, beli tahun 2007.


ha, lebih kurang gni la style laptop aku tu..... :)

Then, i've got 2 handphone, 
1 Nokia n 1 Sony Ericcson.....
Tak perlu kot display pic coz sekarang ramai yang pakai handphone canggih kan, touch2 gitu, hehe
okbye! assalamualaikum

The Beginning Of 25 (Part 3)

Happy birthday lagi even dah 22Dec, :D




Yeaaa!
Semalam my best buddy buat surprise lagi!
Sangat heppy! Lots of love!

Lirik boleh memurtadkan? Explain please.....



"There's no religion could save me
No matter how long my knees are on the floor"

One of my friend post kat Fb, katanya jangan nyanyi and dont ever listen to this song. 
Ye ke lagu boleh memurtadkan?
Without any NIAT?
Sekadar nyanyi and tak berniat untuk pa pe pun leh murtad?
Ermmmmmm, seriously?? 
Please someone explain...... 

P/s: saya kurang arif :D


The Beginning Of 25 (Part 2)

Salam all.......
Ok layan pic di hari kejadian 19 December...... :)

dalam kotak lalalala

luar kotak, ;p

this little arissa is more sweet than my cake!
seriously!

action semata2 and arissa setia mengikut arahan. 
hahaha

waiting.. arissa buat muka baik n duduk dekat ngan kek, ada niat.
tak sampai 3 minit dia dah sentuh kek tu. haha

ok layan last pic. time makan2 tak amik gambar lak kan, hehe 

anyway sangat2 gembira dengan celebration ni, love all person in my life. 
they made me a great person as i am today *ye ke?* 
bersyukur, alhamdulillah.....
thank u to my mama, i had such a great mama such in a fairytale story.
LOTS OF LOVE!





The Beginning Of 25 (Part 1)


Happy Birthday to me......

Alhamdulillah, sampai juga tarikh 19 Disember tersayang.
As usual umur makin meningkat, tapi yang bestnya orang lain dah lama merasa umur 25 tapi bagi aku baru je bermula. 
Selalu macam tahun2 lepas excited gilaa nak tunggu tarikh birthday ni, tapi kali ni rilex2 je, dun know y.
Family lak macam heran, huhu selalu wish macam2. tapi kali ni langsung tak wish pa pe.
Nasib bek mama sound nak buat majlis sikit. hehe
Tq mama yang sangat memahami. 

Ok, gambar sambutan tak upload lagi, tak sempat. 
p/s: mention kan *PART 1* haha 
next *PART 2* will be soon........ 

with lots of love! happy december to all!

Lagu Melayu Tak Logik?

Salam semua....
Ok2, before membzkan diri, nak update sikit.
Ok *lagi* jangan marah ngan tajuk post.
Terkesan ngan Mat Luthfi kat Youtube.
Ni ha, video dia tentang lagu Melayu...

 
Sebenarnya ML ni tak de la nak ngutuk lagu2 cinta msia, tu pendapat dia la kan, btway, ada betulnya pendapat dia tentang lagu cinta ni, n aku enjoy tengok vid dia.
ni pulak, pendapat aku tentang lagu2 cinta malaysia:

1) lagu cinta kat msia terlalu banyak menggunakan hiperbola, simile, metafora... so, kekadang berlebih-lebihan n membuatkan lagu tu berbunyi sangat tidak logik n real.
Contoh : 'Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu' 
ahaksss, pe kata amik dulu emas tu, then boleh la masuk minang bila duit dah banyak. ye tak? haha
mengarut. senyum anytime boleh kot. lepas dapat emas bukan takat pmpuan tu, senyum, gelak manjang okayyy....

2) lagu cinta kat msia terlampau pura2. you know what i mean is, pura2 bahagia kononnya sangat derita. adehhh aku pun tak faham, ye la macam dunia ni kita yang punya, eh ye la, padahal tem dating asyik gaduh je. bek buat lirik gaduh2. hahaha *tak suka kepura2an yang dibuat, kalau dah sedih, tak bahagia, buat je la tak bahagia..

3) lagu cinta kat msia banyak sangat janji manis, ye tabur la sekilo gula tak cukup tambah 10 kilo. sweeeet nya janji manis mu, hahaha

ok, tak de niat nak menyinggung mana2 pihak. 
just suka2 ok.. salam :)

All About Mama.


Ni la mama aku, sekarang mama dah retire sangat2 best kot. sampai aku malas nak keluar g mana2. sebab mama masak, mama bising2 kat rumah. best. perasaan macam ni la yang aku nak. 
nasib bek tak kawen g, dapat tengok mama duapuluhpat jam. yessssss. :)


ni malam berjimba untuk perpisahan and retirement mama, mama minat nyanyi, bakat aku dari mama la, haha ok, nak cite sikit pasal mama:

1) mama tak suka kalau aku tengok cite @ rancangan omputeh, seksi katanya and nanti akan ada scene kissing, so kalau mama ada aku takkan tukar chenel omputih, aku stay ngan drama melayu. huhu skema nya aku. 

2) mama suka Yuna *dulu tak. tak tau bila masa dia suka Yuna ni. huhu 

3) mama suka bercakap sorang kalau tengok tv, kekadang aku biarkan he, kekadang aku tanya gak, 'cakap pe ma?' haha tapi aku tau tu habit dia. 

4) mama tak suka tengok, bebudak sekarang yang bercintan cintun, pegang tangan, peluk2. memang dia bebel duapuluhpat jam, tak kira la tengok kat tv ke, kat pasar ke, panjang la bebel dia bila balik rumah. mama tak suka gak tengok pempuan pakai baju seksi. *wajib la kan.

5) mama tak cakap banyak kalau aku cakap pasal lelaki. tak payah minta pendapat dia pasal lelaki @ teman hidup, mama cakap main point nya kita mesti kerja, kita mesti mengalah, kita bagi 100% lah pendek katanya. sebab balasannya nanti akhirat, biarla kat dunia ni kita susah and derita. 


done dengan mama, ni buah jambu susu kan? buah ni dah hidup lama kat tepi rumah aku, selalu sangat berbuah, tak kira musim. buah ni masam. aiyak, aku tak makan, masammmmmmmm gilaa.


ni plak daun jambu ni, dulu time kecik aku tanya, napa daun ni berjerawat? pimples u olsssss. hahahaha
sungguh innocent. hehe 
okbye.
assalamualaikum

Semalam Satu Penantian Untuk 23.12.........

Assalamualaikum semua, salam jumaat.......

Semalam, apa jadi ye? hehe

*ignore profile pic. haha n ignore my name. 
saje nak femes lebih guna nama fake. hehe


WISH ME LUCK!
yes semalam aku pegi test untuk SPA, kemasukan sebagai Pegawai AntiDadah. 
dengar nama pegawai aku dah gerun, then aku teliti surat dia ada math. ok enough untuk menggerunkan jiwa ku. sebab memang tak suka math.
study sangat aku ni since 2 weeks lepas. macam2 aku cari kat internet. 
baca dasar2 kerajaan, baca sejarah. 

then, semalam, sebelum pegi, siap salam mama n dady lagi. aww sweet aku.
haha sebab selalu ada mama je. since dua2 ada aku salam dua2, hopefully aku dapat keberkatan la kan. hehe

aku terlambat masuk ye korang, because? silap tempat, apa la diorang ni tak informkan awal2.
cube kalau aku sesat jauh? nasib baik tak jauh sangat.
sampai kat sana, nasib baik diorang tak start jawab lagi. 
n tak sangka my frend 2 orang jugak dapat test ni.

OK, about the exam,
semua tentang isu semasa, dasar tak masuk, sejarah apatah lagi,
paling tak tahan, bab IT banyak giler masuk, tapi puas ati la, sebab aku tau.
ada la soalan windows 7, soalan watermark, yeehaa terbaik. haha

soalan math, ce teka, tak bleh pakai kalkulator u ollsssss. 
adoyai, aku dah la math memang terer. 
so, sejuk tangan aku jawab, nombor kemain panjang, nak kira macamana?
semua kitorang bebel lepas keluar exam sebab tak sempat jawab.

then, paper essay english n bm, guess what esei bm kluar soklan pasal bajet, 
sure aku tak jawab, benda tu fakta, kalau aku merepek berlanjutan, memang markah aku hilang kat sana,
so aku pilih langkah2 menghalang 'keldai dadah'. bleh tahan jugak la aku boleh jawab. hehe.
essay english aku jawab pasal smoking should be banned in public places. bunyi cam easy kan, tapi berkerah gak keringat aku jawab.

bydway, semuanya dah selamat aku jawabkan, d result will be on 23.12,
aku just berserah semuanya yang terbaik........ 

tapikan......... my mama berharap sangat aku dapat pegi stage seterusnya, hope dapat la kan. amin3.........  

Kawan ke macam tu?





*bestfren kawen... stunning kan her face~ 
wish nanti dah kawen muka berseri gak macam dia ni,
husband dia orang Kelantan u ollz, tak salahkan bertemu jodoh ngan orang swak. 
hehe
*why d last pic very small? ok, bcuz i look BIG. haha

Assalamualaikum, 
Tajuk sangat tak ada kaitan dengan all those pics.
Entahlah cam bengang ngan sorang kawan, 
banyak kali text dia but she never replied me.
cecite cecite, I ada buat salah ke?
errm, tak sure, tapi as long as I know, tak de. 
Tau dia sangat2 sibuk, tapi Sunday dia tak keje. 

Sentap gak jiwa bila jumpa dia kat tempat keje dia,
then tanya nape tak reply msj, 
she just said, eh tak de pun msj. alright darling...... msj tak dilevered kot.
makaseh bebanyak sayang.....

Btway, if she suddenly read this, Im sorry.
Tapi memang terkesan kot ngan cara dia. why d bcuz??  0_o girl emoticon

Ok, lupakan. Anyway, congrats to NORAZIAH N FITIFAZRUL RAHMAN.....
semoga bahagia hingga ke akhir nafas.......
really mean that! I HEART U FRIENDS! 


Tamak Kasih Sayang....

Boleh tak korang semua bagi definition sendiri tentang tajuk di atas?

Ok, ayat tu terluah dari mulut mak,
mak cakap jangan tamak kasih sayang, jangan tamak cinta, jangan tamak perhatian.
Thank u mak,
sangat2 berguna untuk aku........

Actually ada 1 topik kat WHI hari tu,
cite pasal rumah tangga,
ada yang tak puas hati pasal tu, pasal ni. kesimpulannya perasaan tamak tu menguasai diri.

Then sape tengok cite Sofiyya mesti tau jalan citenya kan.
Anak dia Fiona tu membuat pelbagai helah dan mengecam kehidupan mak tirinya.
SEBAB: cemburu kasih sayang ayahnya dah diambil oleh mak tirinya...

Sebenarnya aku ada perangai tamak kasih sayang ni,
tapi kata2 mak menyedarkan aku,
lagi2 bila dah berumahtangga.....
so, aku kena preparekan diri untuk segala2nya.......

p/s: anda bagaimana? hehe ^_^


*love this!

Second Time Kena Tag. OK Done. ^_^

Thanx Mimin N Fahz cuz dah tag emy.....
Ok2 nak mula dah ni, hehe kalau panjang sangat tak yah baca. ^_^

11 Perkara Tentang Diri Emy. Harus Anda Tau.

1. Asal Sarawak.
2. Suka terburu-buru *aka tak penyabar.
3. Still belum dapat permanent job. *wish me luck 2012.
4. Peberet kaler banyak. Green in heart.
5. Peminat tegar Zahid AF2. hahaha
6. Nampak KOOL tapi tak.
7. Tak suka membaca.
8. Tak suka math.
9. Suka tengok tv.
10. Tak pandai melukis *tapi budak2 cakap lukisan saya lawa. haha
11. Mempunyai impian untuk belajar main piano. *kesian errr, huhu

Soalan Dari Fahz:

1. Tarikh lahir bila?
19/12/1986.

2. Dah berpunya ke belum?
Yes yes dah. Kepunyaan tunangan Faridzul Amir.

3. Pernah kena saman? Sebab?
Tak, sebab baru je dapat lesen. haha

4. Ciri2 pasangan yang kamu inginkan?
Bersederhana dan menerima emy seadanya.

5. Tujuan kamu buat blog?
Suka share apa2 saja tentang diri, sekeliling dan akan diabadikan segalanya dalam blog.

6. Impian kamu yang belum tercapai.
Sambutan birthday yang diidamkan selama ni belum tercapai.

7. Siapa lebih penting? Kawan @ lover?
Dua2, i need both.

8. Tentang kamu yang orang lain tak tau.
Teringin ada studio jamming di rumah. haha jangan tanya kenapa.

9. Masih study or keja?
Keja and cuba mencari peluang untuk study.

10. Sehari berapa kali kamu makan?
Berkali-kali.

11. Masa jawab soklan ni dah solat ke belum?
Dah :)

Okeh, sape2 yang di tag sila jawab soalan ni.

1. Lagu apa yang kamu dengar hari ni?
2. Pernah tak terfikir nak pakai kontek lense? kenapa?
3. Semalam makan apa?
4. Tempat best nak makan di tempat anda?
5. Senaraikan 3 nama orang yang mempengaruhi hidup anda.
6. Warna blog anda?
7. Nombor bertuah anda?
8. Suka blogwalking? Kenapa?
9. Penakut ke tak?
10. Childhood memory yang paling best. Senaraikan 2.
11. Subjek yang paling diminati?

Ok, mereka2 yang emy tag. Sila buat homework. hehe

Nurfahz / Mimin / Cik pulau / Kak Dek / Nanakimie / Runaway /
Kak Zahidah / Si Aki / Najihah / Bulat Mata /  Riminiscene  / Marliyana / Kak Hana

DONE. fuhhhh

p/s : emy buat ringkasan je kat atas ni, tak ikut sangat d original. sory. ^_^

Al-Hijab. Sila tengok.

From 5, aku bagi 3.9/5......
Ok, korang dah tengok?
Ramai cakap cite tu tak best, cite tergantung la, macam2 la.
Tapi aku prepare myself tak bagi high expectation dulu.
Tengok online je, thank u Mish Apple sebab bagi link nak tengok cite ni.

Ulasan tentang cite ni, cite menarik, nampak cite ni punya phase naik n naik,
mula2 memang dah seram, good job.
Tapi last 40 minit macam tak puas hati la,
hantu agak plastik, what i mean nampak sangat nipunyeeeeee.
Memang la dibuat2, tapi better tak payah tunjuk muka because aku lagi seram bila hantu nampak sipi2 je, and banyak kan sound yang seram. itu dah cukup menyeramkan.

Ada scene keta Piere rosak, then dia tumpang trak, tapi pakcik2 tu turunkan dia sebab nampak dia ada bawa hantu, after dat tak semena2 dia jumpa rumah hantu, bla bla bla..... kena kejar hantu, tak sampai 2 minit dah sampai rumah. ate ke logiknya kat mana? haishhhhhh

Sampai rumah Piere relax2 baring kat sofa. ayoyo......
Then ada scene Piere nyorok dalam selimut sebab takut ngan hantu.
Mana Piere yang macho yang ku puja selama ni? adessss
Ok fine, tinggalkan itu.
Apa yang paling aku tak puas hati dan aku sentap ialah

~
~
~
~
~
~
BANYAK SCENE PIERE SMOKING. KENAPAKAH KEPERLUANKAH? APAKAH?
TAK SETUJU YE.
HILANG 80% AKU NYE MINAT KAT PIERE.

anyway, gud job Piere. I know u can do better than this. wish u luck!
p/s: aku tengok cite ni sambil mute kan sound *untuk part2 jerit n takde dialog*sebab aku seram dengar sound yang maha seram. haha

*piere aw aww

*keta ni buat aku jatuh chenta


*sila la tengok ye :)

Bila Dia Gembira ^_^

Dia : By, macamana nak masak daging yang ada kuah eh? ada sup sikit.....

Aku : Macam ni.... Bla Bla abcdefghijklmnopqrstuvwxyz......... Dapat?

Dia : Erm, Tak pe lah, sayang try masak je la dulu.

Aku : Ok sayang, pa pe nanti mesej je tau. (mesti dia tak bape nak faham sebab aku explain panjang sangat. haha)

1hour later....

MSG.

Dia : Kawan sayang cakap sayang masak sedap, hehehehee

Aku : Ewah, hepy la tu. hehe ye la, nak masak ni kena hati ikhlas, tak cukup bahan pun sedap kan......

Dia : Hehehe tadi masak hepy2 je, nak belanja kawan makan.

................................................................. continue MSG hehehe ^_^

p/s: moral of d story, suka bila dia hepy and puas hati dengan keja dia. 

*nak masak sedap tak perlu pandai, cukup dengan keikhlasan dan kejujuran...... ^_^

Perkataan itu lagi.


Dua tiga hari ni macam tak de semangat.
Ntah mana hilangnya,
Nak update entry teragak2. 
aiseh....... kenapa ye?
something wrong somewhere..........
please help me and bagi la komen2 untuk memotivasikan diri yang hampir menuju ke jalan G*** **.
(malas nak mentionkan)
Thank u all. love u!


Thank You Nana......

Penantian berakhir bila buku New Moon telah selamat tiba.... hehe
TQ Nana bersusah payah untuk emy.
TQ Nanakimie! 

p/s: saja nak buat collection, walaupun dah tengok cite ni.



Tak best sangat la.......

Semingggu la kot kan tak update status,
hmmm........
Al-kisahnya..... gigi bongsu tumbuh,
sakit sampai berdenyut2 otak, macam ter FREEZE lak brain kejap.
sebab tu la malas nak update.

Then hari ni dapat tau kawan saya dapat keja hasil usaha kami bersama pergi minta borang kat ****.
Tak pe, rezeki dia, I will try my best lagi la untuk keja lain. tak begitu? hehe

Banyak gak benda tak best ni, tapi cuba membestkan perasaan.

Kat bawah ni step nak buat puding...... sedap..... hehe
Gambar sahaja, faham2 sendiri la kot kan, kalau beli bahan nak buat ni kat belakang pek bungkusan ada sediakan step nak buat.




* kalau makan sejuk2 memang best ni. (nak sejukkan hati tak best pun syok) hehe

assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...