Jom amalkan Solat Dhuha


Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  

Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 

3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Jejak 500 Followers


Isu Cap Ayam

Assalamualaikum......

Intro jap, teringat aku ada minta email kawan aku tadi,
dia bagi email aku terus gelak. hahaha nape?

emy, ni email akubahagia**@****.com

hahaha aku terus jadikan dia bahan, kata nak nyanyi2
lagu Ku Bahagia - Melly Goeslow tu. hahaha comel gilaa.

Ok, intro abis. Actually nak mengulas isu Johan Raja Lawak
cakap pasukan bola Sarawak pasukan cap ayam.
Ok, katanya bergurau. Kalau pun dia betul2 nak cakap,
hmmm x payah la ngamuk sakan.

Ntahla, agak speechless dirasakan. Kenapa kita suka sangat
mencari permusuhan? tak nak ke berdamai? ada je yang
korang tak puas ati kan. memang la, tapi dia bukan sape2,
orang biasa je. Dia bukan makan duit rakyat ke apa, dia cakap je.

Bak kata orang, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata...
Haaaa, biar la jadi pengajaran kat dia kali ni. Sudah2 la.
Jangan "sakai" sangat. aku penat......... :(

gambar boikot dj radio era isu komen pasukan sarawak cap ayam dj era diarah minta maaf
*apa semua ni???* jahat tol korang

p/s: aku bukan nak menangkan mana2 pihak. cuma aku tak
suka perpecahbelahan ni. penattttttttttt. bye

1st time 1st time 1st time segala2nya

Assalamualaikum,

Hari raya 
Genap sudah sebulan kita berpuasa
Hari raya
Mari ramai-ramai kita gembira

Sape tau lagu kat atas ni, sila nyanyi2 dalam hati.
Macam dah terlambat plak nak buat post pasal 
hari raya.
Btway suka hati la kan bila nak post. hehehe
Almaklum sekarang sumber internet susah nak
dapat... 
Dan lagi kalau ada encik suami macam bz manjang
plak rasanya....

Ok,
Segala2nya jadi 1st time bila.....................

  • 1st time raya bersama husband tercinta En. Faridzul Amir.
  • 1st time raya sebagai isteri.
  • 1st time raya sebagai menantu.
  • 1st time raya dengan keluarga husband.
  • 1st time raya kat Kuala Pilah
  • 1st time tak raya dengan family
  • 1st time raya kat perantauan..............
Errr, kalau nak senaraikan banyak lgi kot. hehehe so, anda2
pun boleh agak apa yang 1st time selebihnya. Paling spesel
bila 1st time raya with baby in my womb. hehe perasaan dia
special cket. hehehe 

Nah gambar untuk tatapan :) 


sis in law, my friend, me

sis in law, my friend, me

my anak2 buah raya *sumber gambar dari whatsapp* huhu

LOVE LOVE LOVE
bye.



Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,
tajuk dah tak menarik. hahaha dan ketahuilah bahawa aku tiada mood nak raya.
*sila jangan terpengaruh dengan aku yang tak de mood raya ni.

tapi tahun ni 1st raya dengan husband. agak teruja gak la. like sangat2. tapi bila
mengenangkan mak jauh dari mata, syahdu lak hati ni. nak buat macamana, terimalah hakikat
dah jadi isteri orang kan.

BE STRONG MUMMY TO BE!

ok, selamat hari raya semua.

i'm 22weeks now. baby grow up so fast. i love u baby~ thank u for behave in mummy womb!

Tahniah Zahid Baharuddin *aku nak tulis jugak.

Assalamualaikum.....

Hokey, u ollz. Salam Jumaat, ZAHID NIKAH YE HARI NI.
Harap semua dah maklum.

#err, napa emy nak nyibuk hal Zahid ni.
SAYA ADALAH FAN NO.1 ZAHID. Sekian.

Dari adik, kakak, mak sampai ke ayah tau emy minat giler kat Zahid.
Sebab utama kami sambut birthday pada tarikh yang sama.
19 Disember. Tarikh keramat hidupku. hehe

Tahniah Zahid dah akhiri zaman bujang anda.
Semoga terus sayang menyayangi hingga akhir hayat hingga ke syurga.
Amin......

Jumpa cover Zahid nyanyi Kehilangan by Firman, layan


Tanpa Kata :)


Semoga dirimu sihat dan dijauhi dari sebarang kesakitan sayang, Amin.......

Bila Malam Ini Menjelma

Assalamualaikum...

Actually sekarang ni berada di kampung halaman, balik sendiri tanpa kekasih di sisi.
Awkward sedikit.
Huhu
Tapi apakan daya jiwa itu menuntut untuk balik ke kampung halaman.
Menghirup udara segar, merasa 6.30pm sudah gelap, bangun di kala sejuk mencengkam,
berada di bilik sendiri (yang masih dalam mood pengantin baru, mak tak ubah walau
sedikitpun cuma telah dikemas rapi), di katil empuk ku. BEST WOOO

Ok, mari berhenti berdrama, tak tau nak cecite apa sebenarnya, tapi nak cite jugak lah.

Seems i terasa my kazen tetiba dingin kat i. Whats wrong people? Susah pulak bila
orang cepat terasa ni kan, nak pujuk pun tak reti. Last2 amik jalan mudah, abaikan.
Bila dia nak tegur kang, tegur la, sebab dia sendiri mengelak. Ok, silakan memusuhi
diriku. Tapi aku tetap yang sama, tak kan memusuhi mu.

Takde benda best nak cite.
.
.
.
.

Meh cecite tempat best nak pegi walaupun rasanya tak kesampaian.
(Btway Makkah will always the number 1 place that i want to visit, *no need to mention it)
hehehe


*sangat suka pantai. walaupun akan sunburn tapi tetap SUKA!


*ok, imagine saya kurus dan ditimang encik suami. Oh, heaven. hahahaha #berangan


*bunga ini pujaan hatiii........ NAK!! dah lama tak dapat munge


*boleh baring2 kat sini sambil nyanyi2 lagu putih2 melati #lagu tetiba out giler. hahaha


*haa, meh g sini. leh menggedik main permainan budak. hahaha

ok, takat tu je angan tak sudah ini. kita cecite esok pulak.
good night. doa dulu sebelum tido. may tomorrow is better than today.
Allah lindungilah kami.

Aku BLACKOUT!

Assalamualaikum all.........

#comey tak Kak Tom? bukan Kak Ton ye..... hehehe

Kakak2, adik2, abang2 semua sihat? Alhamdulillah........ kalau sihat.... dah lama tak merepek kat sini....... Btway TAJUK di atas tiada kaitan dengan pilihanraya which is sangat menyenakkan benakku dan segala ruang dalam jasad.

#balckout itu maksudnya aku menghilang setelah 5 bulan ye. hehehe harap difahami.

Paling tak suka buka FB seluruh makhluk yang reti guna laptop, handphone ke, whatever, semua hupdate pasal politik. korang melalak bukan main dalam FB ye, tapi ntah korang mengundi ke tak. #eh, emo lak kak tom.

Okeh, malas nak cite hal yang sebegitu, biarlah kan, dah berlalu pun dan BN still pegang. Aku tak kisah sape pun pegang janji Msia ni tetap aman, yang buat tempat kita tak aman adalah kita sendiri sebenarnya..

Nak cite about myself lah pulak. Selepas menanam anggur yang tak membuahkan hasil, sekarang keje je, although salary tak berapa nak memuaskan hati. Tpi kita terima je lah rezeki kita kan? What say u?


#nak kisssssssssss dia byk2..... comey!!!

Melayu ke tak?

Assalamualaikum.........

Sebelum benda nak cite melayang2 cam semalam,
bek aku tulis kan kat sini....
Al-kisah.......jeng jeng jeng

Abang kandung ku, huhu call pagi tadi, ayat beliau
berbunyi:
"Ma, boleh fax kan tak sijil lahir ma yang ada state 
kan MELAYU di situ"

My mama: "Y??" eh sepeking London pulak. haha

Bro: "Pinjaman nak beli rumah tu dah lulus, tapi
pemaju rumah tu nak MELAYU JE yang duduk sana"

Al-kisah *banyak tol al-kisah!* kami ni berketurunan
KEDAYAN, hokey. Ko bukan Melayu eh? Ko asal mana?
*jangan tanya soalan sakai boleh?* EH, marah? haha
gurau je.......

Okeh, nak jadikan cite, ce logik seket, means kan kan~
dia tak nak bangsa Cina n India dok kawasan tu! 
Boleh tak buka suluh tu?? Kami Islam ngek, whatever it is,
maksud dia nak Melayu, dia nak bentuk komuniti Islam 
kan?? ERRR memang menyirap tol aku.

Kalau aku yang ada kat situ memang aku tonyoh2 akal
orang yang nak bukti Melayu ke hape, nasib baik mak i
Melayu.

p/s: jangan sakai sangat ngan bangsa2 etnik kat Sabah n 
Sarawak. aku pun tak paham kalau korang ka sekolah
tak pernah belajar Sejarah ke, moral ke. harap buka mata!
KEDAYAN adalah SUKU YANG SEMUANYA ISLAM.
sekian.........

#nak joget2 tarian sarawak jap. ngeeee....

Tampaq dia! Pung Pung Pung!!

Assalamualaikum..

Hamboih kemain kau nak tampaq orang. Beria nampak,
berani ke nak naik tangan? hahahaha #drama sahaja ye,
bukan realiti. Emy tak reti la nak dush dush orang ni,
slap trough my imagination selalu la............. Ayat dia
macam ni , AKU TAMPA KO KANG p/s: hanya
di dalam hati ku.. haha

okeh, sebenarnya tu cite semalam kat asro prima.
hadoih, leh forgot the name of the drama. pe ke namanya.
Pelakon dia Lisdawati and d husband *mcm n d geng plak.
haha
and ada lagi la beberapa pelakon lain, yg nak pung sangat
tu dia pegang waak orang kelantan. comel gila nak pung
bini dia. haha

D story begin with...... SANGGUP ke nak membaca ni korang?
ok, ai cecite ye. d husband of Lisdawati ni transfer ke Melaka
gamaknye, then dalam masa terpisah ngan hubby tu, Lisdawati
digoda dan tergoda dengan ofismate merangkap skulmate dia dulu.

Bermula la adegan keluar makan sama, SKYPE uolssz, buka
tudung bagai (walhal Lisdawati menutup aurat) see permainan
lelaki itu, nak goda isteri orang, pujuk rayu2 giteww. mulut sweet
like sugar+honey. ewwww manis ke?? maka kesemua itu
telah berlaku curang w.pun tidak sampai BERZINA.

Sekian....... kemuncak cite, suami dia tau, then suami dia marah,
sangat2 marah, +terkilan...... Lastly dia maafkan gak, w.pun
katanya dia jijik ngan perangai isteri dia tu.......

Moral: Layan isteri sepertimana layan mak sendiri and ingatlah
wahai isteri, jika suami mu telah melayan mu dengan baik, jangan
ambil kesempatan!!! ingat tau Jemah! hehehe 


Justin Bieber Malaysia!

Assalamualaikum........

Amat la legend bila sebut je Awie. Ok, nak buat
pengakuan berani di sini, dulu till now minat giler
kat Awie, sape2 lahir tahun 80-an mesti tengok
Hero Malaya Awie kat movie2 dulu. ye la, dulu Hero
mesti Awie. heroin Erra...... uuuuuw so suweettttt~

#ensem kan kan hehe

By the way nak ucap Congrats kat Jozan sebab
Juara Maharajalawakmega! although orang cakap
best lagi jambu n shiro. Jozan tetap di hati...

#terasa nak minum coffee lak malam buta ni
ahaks

Dugaan Bertunang Part 1.

Assalamualaikum......

Tadi terbaca entry bertajuk seperti di atas... Ok,
meh la emy share pasal pertunangan ni.....

Emy dulu bertunang bulan Julai 2011 dan dah kawen
pun sekarang. Ehehehe Emy bertunang agak lama gak,
lebih dari setahun dan pertunangan itu adalah secara
PJJ #Jarak Jauh ye,
ahaha

Antara kenangan manis, sweet sour, pahit hempedu
time bertunang #nak share ngan korang:

1) Gaduh! ye, hokey. sangat tak suweeettttt. nak
buat macamana, jauh, pastu nak jumpa bukan leh nak
naik keta, nak naik flight #kau mampu? so, merajuk
berhari2 la jawapannya. dah dia pujuk kita jual2
mahal pulak, lagi la dia nak angin. Penyelesaiannya
kita ni kena la banyak bersabar, anggap semua tu
dugaan.....

2) Gaduh lagi! hahaha punya banyak gaduh nye. bila
keja, kursus sana sini... tak terlayan mesej and call dia
merajuk. okeh, bukan tak nak. kekangan masa itu ye.
tak leh la 24/7 nak pegang hp je. pas tu dia call ada suara
sumbang lelaki2 malaya, lagi la dia hangin. Penyelesaian
kita kena la pujuk dia manja2........ uhuhuhu manja kah
diriku? #ok, next next!

3) Salah satu kebaikan PJJ ni, adalah bila bergaduh kita
tak leh nak baling2 dia ngan hp. haha means, paling2
kelua la ayat2 merajuk, ayat2 marah.... #paling babun pun
OFF handphone. petua terbaik ni.... tapi tak sampai 30 min
ON handphone balik. #haishhhh RINDU. hehe

4) PJJ ni rindunya 24/7 gak. sebab sangat tak berjumpa.
send2 gambar ajelah. tu pun bukan tiap hari, ada kesempatan
leh la skype. dapat tengok muka dia sangatla bersyukur.

5) Berat badan tak naik mendadak. #haha adakah ini perlu?
okay, bayangkan leh dating hari2, sure melantak je kejanya.
Asal kelua mesti makan kan kan.... hehe #takde kaitan bagi
yang berbadan selim. sekian

#gambar rare #captured time bertunang. hehe

"Segmen: Up-kan follower 2013 by FiQa Nsz"


Assalamualaikum.....

#listen listen listen hahahaha

Jom join up-kan follower by Fiqa ni.
dah lama rasanya tak join, so emy lun merajinkan diri....
Klik banner untuk join tau.
Emy tag Eza Boom Boom........

Ok, hepyy thursday all. asslamualaikum.....

Tips untuk masalah rambut gugur

Assalamualaikum......
Tetiba hari ni rajin nak berTIPS bagai. Angin
apakah ini.....?

Okay, teruskan tips ini kang merepek je lebih
isi takde. Rugi je jari yang kepenatan...

Actually aku sendiri mengalami masalah ini.
Dah banyak gak syampu tukar dari jenama
Cik Kiah ke jenama Mr.Err apa2 je.
Semua tak mampu nak menyelamatkan rambut ini.

Then before kawen ari tu mengada la g saloon
kan, dulu2 treatment rambut rm30 je siap ngan potong
rambut sekali. Hari tu leh terngaga tau, lepas semua
siap rm60!?? hmm nasib la bawak duit lebih.

Lepas treatement rambut memang tak banyak gugur.
Sangat bestla perasaan itu ye.
Tapi bukan bertahan lama pun, so... apabila masalah itu kembali
maka usaha mencari treatment sendiri bermula.


#ini ye..... scalp n hair therapy namanya.
jenama clear. try la........ lembut je rasa rambut.
mcm kat saloon jugak. 
kalau tengok kat arahan katanya 3 minit, emy buat 30 minit.
lepas tu bilas, siap..!

I menyesal lak tengok vid LISTEN tu!

Assalamualaikum.......

Entry ke-3 dari aku malam ni........hmmmm
tak terbendung perasaan ini bila nengok vid
makcik "listen listen listen 10000x"

Ok, ulasan aku tentang vid tu #sape lom tengok,
cecepat utube# :

1) kenapa student yang lain2 tu asyik tepuk tangan.
maksud aku, setuju ke pihak mana?
ke Miss Bawani tu ke makcik listen tu?

2) makcik tu jangan hanya tau cakap yang dia respect
Miss Bawani. BUAT bukan CAKAP! kalau dia cakap
dia respect, so SHOW to us! =_=

3) dia melolong cite pasal binatang ada masalah tu
kenapa? hmmmmm tak pernah ke dia dengar
"perangai macam binatang!" maksudnya those animals
tau buat sahaja tanpa berfikir......

ok, aku stress sekian!

video
#meh tengok vid Arissa I LOVE U, 
U LOVE ME ni, hilang stress. 


okay, sangat rindu kat comel niii......
should i cry?
when u give me a hug, all my problems fade away.
need u baby T_T
















Cerita semalam..... Urut,urat,eh?

Assalamualaikum pretty ladies!
#bajet yang baca semua pempuan. haha

Semalam, pegi urut 1 badan katanya.
Ok still sakit sampai sekarang. kata makcik tu
badan aku ni dah lama tak servis. Eh?
maksudnya tak betulkan urat2 yang tersimpul.

Hokey, kata makcik tu #nama dia kak Jun,
makcik tu bidan kat hospital sebenarnya.....
Makcik tu memang pandai urut.
Mula2 kat belakang, belum sakit sangat, then
kat depan perut ~~ sangat sakit ye, sebab urat pinggang
aku sangat tegang......
Tapi sangat sedap rasanya lepas urut, angin2 semua keluar.

Pastu pulak, cite la kat makcik tu, kita nak pregnant awal
#walaupun encik suami tak di sisi sekarang. hehehe
then makcik tu pun, urut la bahagian peranakan katanya.....

Kak Jun cakap peranakan/rahim (rahim ke panggilnya?)
ok, konfius, dia cakap rahim aku terjatuh, maksudnya
tak di tempat yang betul sangat.

Dia cakap jangan banyak angkat barang2 berat, kena
kawal pergerakan, jangan lasak sangat. hehehehe

Then pesanan Kak Jun, nanti kena g urut lagi, #kena la mencari
tempat urut kat kampung suami pulak..... hehehe

P/S: untuk yang teringin nak baby cepat g urut ye ladies! 
mabeles, badan ringan2 je rasanya. leh terbang2 gitu.

Encik Qayyum! 1st time masuk dalam blog aku.
anak buah ke-4, dari kakak no.2.
Qayyum~stay healthy sayang.... 
aunty miss u so much! nanti kita jumpa ye. mmwuahh!

2013......azam anda?

Assalamualaikum.......

Macam terlambat tak nak cite pasal azam?
hehehe 
lambat pun nak share gak.......

Okeh, tak sure sangat apa azam tahun ni, tapi
nak ada baby ok. NAK ADA BABY. 
hehe teringin sangat rasanya nak ada baby sendiri
bila dah kawen ni...... haa if before ni asyik hupdate
gambar anak buah, tak sabar rasanya nak hupdate
gambar anak sendiri.... 

InsyAllah jika ada rezeki, harap termakbullah 
impian kami suami isteri nak ada baby....... 
amin....... ya rabbal alamin.....

#owh chomel nye. NAK! 

macam best plak sekarang ni tak g keja. 
#kata2 nak sedapkan ati sendiri..... hehehe
padahal rimas je tak keja. 
InsyAllah semua ni ada hikmahnya kan..........

#tak reti nak mengarut sangat dah sekarang. hehehehe

Nak Share lagi....... :)

Assalamualaikum.....

Nak share lagi gambar nikah N sanding emy.....
Alhamdulillah bila majlis dah settle rasa sangat lega tau.

Walaupun banyak kekurangan semasa majlis,
tapi amat berpuas hati kerana semuanya berlangsung dengan meriah.
#macam karangan budak sekolah lak ayat neh. haha

hahaha dah tak reti sangat nak mengarut....









#bajet retis sangat ai ni......... hehehe btway, may this happiness will be forever n ever..... 
amin........ nak tunggu turn resepsi kat Kuala Pilah lak. meh le datang....
:)

Selamat Diijabkabukan....


Assalamualaikum.....
Setelah lama tak menghupdate, hurmmm mesti korang tak rindu aku pun..
Hahaha #saje mengada......

Nak share kan sikit gambar majlis nikah.... Tema hijau2 dedaun gitu...

#kami yang sweet. hehehe 
ALHAMDULILLAH.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...