Perlu ke aku tulis nie?

Sebelum baca apa yang aku akan tulis ni, fans k-pop sila jangan teruskan bacaan. ngeeeeee i'm sorry ye.

Sekarang kan ramai sangat retis Msia nie ala2 k-pop kononnya. aihhhh bukan tak boleh ye sayang, cuma agak rugi kan bila identiti negara hilang begitu sahaja sebab taksubkan negara lain. nak lagu ala2 k-pop, baju ala2 k-pop, nak nari2, adoyai. stop it people.

Sebenarnya nak untung je lebih, nak ikut trend bebudak sekarang, sebab mereka minat k-pop, tapi adakah makcik2 minat k-pop gak? hmmm, bukan tak boleh minat k-pop, cuma nak minat tu tak payah la nak ikut2 kan?

p/s: aku dulu2 minat inuendo, ruffedge, v.e. bebudak sekarang kenal ke mereka nie?

*sekadar pendapat ye, tak mao marah2. peace! assalamualaikum......


Tanggungjawab Kakak.......

1) Membebel/bagi nasihat.

Perangai aku la ni, ada adik sorang je, tapi aku bebel kat dia, huh tiap hari kot. ye la, anak bujang, kekadang ada benda dia buat salah aku tegur, tapi bab membebel memang aku akui gak la. selalu aku buka ceramah free ni time sarapan pagi + mak ayah tak de, aku tegur la. ye la, dia pun tak nak mak ayah tau kesalahan dia tu.

2) Orang gaji tambahan.

Ni aku jugak kot. adik aku boleh minta order macam2. "dik (adik aku panggil aku adik, haha ada kisah nya ni) , aku lapa la, nak makan megi. masak jap" haihhhhhh masak megi pon aku?
tak cukup megi, "dik, neslo ais" pastu buat muka 10 sen. ok, aku g buat. aku kalah jugak.

3) Bank bergerak.

Ni bukan aku, kakak aku la mangsanya. hahaha "kak, nak g tengok wayang la, nak minta kat mak segan" ayat aku la tu. kakak aku pon bank in kan duit. murni sungguh hatinya. hehe

4) Motivator tak bertauliah.

Kakak aku n aku jugak. hehe kalau dah down, luah kat kakak. nak luah kat mak, sanggup? dapat ceramah percuma nak? hehe kalau benda penting sangat boleh la cakap kat mak. kalau takat hal kawan2, gaduh2, cakap kat kakak je la, kakak lak, sokong aku 100%. uih, suka sangat. hehe

5) Pengganti mak

Lepas mak memang kakak. kakak, kak, kak, macam tu la aku, sikit2 kakak. rahsia semua kakak simpan kemas dalam kotak diari dia. nasib baik aku ada kakak n bukan anak sulung.
bukan tak cakap kat mak, kalau cakap kat mak, kadang2 aku leh taching. tak suke plak nak taching ngan mak. eh* hehe

p/s: rasanya banyak lagi, tapi yang paling utama je lah aku kongsikan. kesimpulannya, semua yang di atas ni adalah kasih sayang seorang kakak kan? meh kita ebut sama2. SAYANG KAKAK. hehe


kakak sulung, sayang dia sangat2, huhu
rinduuuuuuuu......... thank u sis.


ni kakak second, tua 1 tahun je dari aku, yang ni garang sikit, rahsia semua kat dia.
tapi ada bab2 yang tak leh cakap kat dia, 
garang woooo, hehe
tapi tetap sayangg. thank u sis
kat perak sekarang dia nih, selalu merengek nak balik, hahaha 
rinduuuuuuuu

*rindu kakak korang tak? :)

Layan......


*mungkin ramai tak suka AF, tapi aku mengaku aku suka dulu. 
hehe
best pe kannnn, tetiba tadi terlayan kenangan AF. suka time AF 2 ni, best. :)

Kesengalan Zureen, Entry tu memang best!


*Zureen, lawa tak? mengancam sungguh..... hehe
nak tau pe cite nie?
tekan la pic di atas tu, sure tak bosan. 
meh serbu page ZUREEN SUKA SUSHI 

SEGMEN : Jom Gegar Dunia Blogger


Jom rilex-rilex cket petang ni, 
lari-lari setempat kalau dah mengantok,
jom join segmen pulak...... ^__^

Kata-kata semangat untuk teman-teman blogger: 
ALWAYS LAUGH WHEN YOU CAN
BECAUSE
IT IS CHEAPER THAN A MEDICINE. 




Berbaur cemburu. *Eh?

Ini adalah entry yang berbaur kejelesan. Yes jeles. Cemburu kay~ uhuhu

*mangsa: berbaju hijau dan bertopi, pak buah itu, *anak buah comel itu tak bersalah.

Bismillahirrahmanirrahim...........

tau tak, dia (adik, pak buah itu) sangat bertuah ye hidupnya. dari dulu la kot. dari kecik2. anak bongsu katakan. baru2 ni, mak ayah belikan dia lappy baru n beg tu, camera nikon ok. urghhhhhh dua benda dalam 1 masa? okay, dia cakap nak handfon baru pulak. jangan harap la kau dapat dik. **eh, kalau dapat macamana? handfon ku yang sangat klasik ni kalau bagi kat kucing, pon kucing buat tak tau......... uuuuuuuu 
**tak pe la, tak pe, kang aku beli guna duit sendiri. (pujuk hati sendiri ke ni) huhu

kalau aku kan, dulu2, first pegang handfon, secondhand punya, kakak buat amal jariah. aku ni jenis kutip je barang orang bagi. pas tu handfon kedua, first hand gak la, tapi duit sendiri. kakak2 aku semua dapat first hand bau kedai. **baru aku perasan, aku je yang kutip harta orang. wakaka. 

ahh, cite hingusan, hehe ok, sekarang tengah guna lappy baru adik, amd graphic okay. dia bukan nak yang cikai2 budak ni. tapi ada kekurangan la aku rasa lappy dia ni, compaq tapi wayarnya pendek. *sape2 yang pakai lappy compaq sorry ok. *aku saja nak layan jeles aku ni, hehe


*see.. puas aku tolak meja ke tepi nak sampai kan kat soket tu.


*ok, yang ni lappy klasik gak, (since 2006) amacam? berjela tak wayar acer nie? hehe


*okay, yang ni pulak aktiviti sekarang, punya bosan tunggu loading, aku pun update entry dulu. hehe ok, bye. jom main sim social. hehe


*ok yang ni gambar last, jeles kan? harga pun riban2 gak la. untungla budak ni. aishhhhhhhh.
makkkkkk, nak jugak. hehehe ^_^




Akhirnya, tak takut dah.......


dapat nie dari sue. aku rasa inilah jawapan untuk ketakutan aku buka fb semalam......
rasa lega pun ada gak. 
tapi aku rasa better pagi ni, and lepas baca ni lagi aku ok terus. 
thanx all. alhamdulillah........ ^__^

nak tau sindrom takut buka fb kat SINI ye, 


Jenis-jenis besfren.



1. Besfren yang boleh ajak hangout.
haaa, yang nie aku ada. best mereka ni, tak kedekut nak kuar kan duit blanja aku. *kredit kat kawan2 yang sayang aku. hehe tak kawen lagi ni la masa nak hangout. kang dah kawen risau kat anak lagi, suami lagi. tapi ada je kawan aku yang dah ada anak, dengan senang hati kami hangout ngan bawak anak dia sekali. hehe

2. Besfren dalam FB je.
yang ni dasaattttt. ye la, rajin tekan LIKE. rajin komen. link2 yang kita post cepat je dia like. *dia nie duapulohlimajam duk depan lappy kot. hehehe tapi jumpa jarang2. ajak hangout tak mungkin kot. sebab tak besa sangat walaupun kawan. haruskah panggil besfren nie? eh* hahaha

3. Besfren luahan perasaan.
yang nie best. aku suka. aku hargai mereka. asal aku ada masalah aku mesej. tak cukup aku kol. diorang tak kan sebut SABAR kat aku sebab aku memang tak de kesabaran yang tinggi kalau ada masalah. so, diorang just cakap LEX JE, haa aku boleh terima. diorang nie leh dengar apa jua masalah. diorang cepat memahami.

4. Besfren gembira.
yang nie kalau nak berjimba-jimba, nak party-party boleh ajak. cepat je. kalau kita tak ajak, diorang yang ajak. tapi tak yah cari la kalau time ada masalah. tak kan punya.. so, bergembira saja lah.

5. Besfren siblings.
yeah, besfren aku siblings aku. sukaaaaa. aku suka cekau duit mereka. tq to my sis yang selalu belanja2 aku tu ye. hehe

6. Besfren kuat melenting.
eh, ada ke? ada yu oolllssss. yang this type, kita tak yah kacau. tapi kawan ngan dia best. tapi kalau dah dia marah kat kita *terasa, tersindir, *tak bermaksud pun, mula la dia buat2 tak nak reply mesej n tak nak hangout dah.

7. Besfren gosip.
hehe yang nie kurang2kan la gosip ye. tapi aku suka gak gosip2 nie. cite2 besa je, :)

pa pe pon, sekadar kongsian je, *my opinion ye. 
anda macamana? besfren jenis apakah anda? hehe assalamualaikum.

*yang nie pun besfren gak.hehe


Sindrom takut buka FB.


alalala dik, ko ni takut nak buka Fb ke? haish...... kalau gitu deactivate je.
eh, nak deactivate? macam tak nak. adeyhhhhhhhh.......
macamana ni tuan2 dan puan2? 

aku dah detect problem aku sebenar ngan fb nih. 
aku takut nak buka, you know wat? sekarang aku buka fb macam ni.

step 1:klik fb... *2 minit.
step 2: log out. 

10 minit later.

log in balik. haissssssshhhh sindrom apekah?

korang ada tak penyakit macam ni?
*actually ada yang menyakitkan jantung, usus dan organ dalamanku dalam fb tu. sekian.


*meh2 minum air ni cecepat n reramai agar usus anda bersih dan minda mantap. erkkk



Susah maa macam ni.......

Mesti korang bosan nak baca, ok, tak nak baca tak pe.......


*sejuk ati tengok anak fruity sweety ni senyum. 

Intro gambar, tak ada kena mengena ngan jiwa kacau ini.
ahaha tak kacau mana pun, tapi tetap nak share gak.

First, nape la manusia ni cemburu sangat ha?
nak buat itu salah, ini salah, ok then apa yang betul?
ahaha
mengarut.

Second nak close fb, since minggu lepas2 dah fikir macam ni, tapi tak ada tindakan. why?
ahaha aku pun konfius jugak. 

Third, macam2 dah cara and benda aku buat untuk throw away those feeling yang menyebabkan aku pening2 lalat, kawan2 dah bagi opinion but those feeling and problems stuck in my head.

Fourth, nak kembara jalanan, but will my mak izinkan aku pergi? the answer is simple and it will be NO. stuck lagi kembara jalanan ini, ahaha 

Fifth, kalau diizinkan Allah kita akan berjumpa, penekan KALAU ye. *untuk someone, agak2 dia baca tak? 
sudah bercabang2 minda ni memikirkan cara terbaik untuk berjumpa, end up dont know what to say. shud i bring along my mak? d answer is YES. she will following me. MAYBE a.k.a KALAU. 

Insyallah............
*entry paling ngarut.


Tell Them [I LOVE ALL OF YOU]

Warning: Entry bergambar sahaja.


Even though aku tak terlibat dalam kejadian ni but i wish one day i will. hehehe
seronokkan? bestnyaaa, kem salam kat diorang ni n especially itu orang baju hitam, I LOVE THEM....... 

p/s: aku rindu Faridzul amir ku......  

MIRC [CHAT]

HoneyMilk : Hai.

Abg Ensem : Hai honey..... ASL?

HoneyMilk : 15, f, sarawak. abg?

Abg Ensem : alala, muda lagi. abg, 27, m, KL. (*tak yah kot nak tulis 'M', sah2 kau lelaki oh Abg Ensem)

HoneyMilk *teruja*mesti abang ni ensem, orang KL pulak tuh, hehehe

HoneyMilk : owh, abang dah keja la kan? ke masih belajar? abang kat ne ni?

Abg Ensem : aah, abang dah keje, abang kat rumah ni, Honey, len kali kita chat lagi bleh? ni nombor fon abang, 019*******...... GTG (got to go) ok bye. abang ada keja.

HoneyMilk: ok...... :)

HoneyMilk hehe dapat nombor fon la, nanti leh la mesej2..... *teruja sangattttttttt (banyak nya huruf T???) haha

haaaaa, ni la situasi cinta MIRC (terkesan entry CIK EMMA)
dulu2 punya story ni, back 2000 or 2001.
budak2 sekarang tak kenal MIRC.
ce minta tolong pakcik google carikan.
aku pun x sure if MIRC ni wujud lagi.
aku pun salah sorang yang terlibat dalam dunia MIRC. (pakai komputer ayah curi2, dulu2nya tenet sambung ngan tepon rumah, kalau tengah guna tenet, harap la kol masuk, tak leh punya. kalau ada orang try kol masuk, akan dengar bunyi tetttttttttt tettttttttttt manjang)

waktu tu umur memang dalam 14, 15. adik beradik lain tak teruja pun ngan tenet. aku je yang beria. *SAKAI kot. haha anyway aku leh berlagak kat kawan2 skolah cakap kat rumah ada tenet. kawan2 lain on9 kat CC je time tu. sebenarnya aku tak ingat macamana aku leh berkenalan ngan MIRC ni, kawan2 kot cite. then lepas sekali chat, berkali2 nak. dlm MIRC tak tayang muka, so huduh ke orang tu kita tak tau, janji ayat power. haha

berbalik cite aku terlibat ngan cintun MIRC ni, aku kenal guy ni 2002 tak silap, adik angkat la kononnya, then selalu2 la kol kan..... tanya khabar, dah study lom *suci je ayat. haha
dah 5 bulan tak jumpa lagi, kenal dalam fon je la, kenal suara. sanggup begayut tengah malam, slow2 angkut tepon rumah bawa masuk bilik *jenayah besar ni* haha
tapi best time tu, sebab 1sen pun duit tak kluar. mak bapak la jawabnya yang bayarkan. hehehe kita guna free je.

tup2 c.adik angkat cakap suka kat c.kakak angkat *tetiba sambung balik cite. haha
maka bercintun la sampai tahun 2004..... *walaupun jumpa tak yah kira ngan jari, tak sampai 10 kali pon. bcinta dalam surat and tepon je. *mak ayah garang giler. no boys allow in ur life. *ok2 angguk je.

erm, tak de la best sangat pun cinta MIRC or MUKA BUKU ni, tapi pengalaman kan. 
amacam tak de motif pun cite nie, saja nak kongsi pengalaman. korang ada? hehe 
assalamualaikum.....


* Encik ini saya kenal face to face, cinta pandang pertama bukan dari dunia maya. alhamdulillah ...
**uwekk hehe

Tak Takut Kena Kidnap Ke?


Kejadian petang tadi,

Makcik : Dia (kazen) ni tak tau lagi sure ikut ke tak pegi Kuching hujung tahun ni. Ye la, bos dia ajak dia g Thailand.

Aku: Ehhhhh! *nada agak keras*. Wat?? pegi Thailand?

Kazen: Ish, ko nie, pikir lagi bukan2 kan.... 

Aku: ye la, pegi Thailand kot. 

Makcik: Haah, macam ayah dia nie jugak la, mula la tak leh nak tdo malam empat puluh empat hari sebab takut anak dia kena jual kat Thailand. Pegi 3 hari je pon, bukan lama. Bos blanja pegi sana, tengok ofis kat sana plak.

Aku : oww, ingatkan buat apa la tadi. (tapi still cam seram kan) hahaha

Betapa besarnya kasih ayah tu kan, memang sentiasa risau kalau anak dia tak de depan mata. Walaupun kadang2 ayah tak tunjuk kasih sayang dia terang2, tapi dalam hati dia memang sayang sangat2. 
Kes kazen aku ni pulak anak bongsu, lagi la ayah dia risaukan. 


*haa, ni la kazen aku (kiri). lawakan dia? ayah mana la tak risau kan anak comel macam ni kan..... 
*tak comel pun risau gak...... (macam aku) eh, hehe
*yang kanan tu abaikan, *nape la muka aku hitam tem ni? tak cukup cahaya kot. haha

Bila Hati Dah Sayang..... 20112011

20112011?? 20102011

firstly,
aku nak minta bebanyak maaf kat kawan aku ni....... aku pinjam ayat mesej dia kat inbox fb aku. SORRY ye temanku......
actually, aku teruja nak post benda ni sebab dah lama aku menanti perkara ni terjadi....

bayangkan,
dah keluar sama2, g beli barang sama2, tengok wayang sama2, n diz boy sanggup datang umah hantar makanan (time study dulu) tengah2 malam ok. haiyaaa, baik kan.
and aku pernah terlibat dalam perDATINGan diorang ni. saja wat menyemak. diz boy memang ok giler lah. tapi aku pelik dulu2 ar sebab teman aku ni tak terima diz boy.
dalam masa dia kluar ngan diz boy, teman ku ini bercintan ngan boy lain. tapi diz boy n teman ku hanya kawan baik.

akhirnya setelah bertahun2 sejak zaman diploma lagi, tercetuslah mesej ini hari ini 20.11.2011.
teman ku ini akhirnya menyatakan cintanya itu telah berputik and sebenarnya dah lama terpendam.
tapi ada halangan pulak. anyway, aku doakan yang terbaik untuk teman ku ini, semoga semuanya berjalan seperti yang dikehendakinya.
amin........

p/s: korang tolong doakan sama k. TQ.....

Terjemahan minda, berfikir sejenak bersama........ ^_^

Gambar 1.



Gambar 2.



Gambar 3.



p/s: gambar ehsan dari GENG KAKI FOTO (facebook)

Nape la nie? Nak salahkan mak bapa tak leh gak......


Nie perangai budak2 sekarang, gaduh kat publik, tak tau malu. hish. pas tu kluar la ayat2 mencarut.


p/s: peringatan kat remaja je. tak yah buat macam ni ye, lelaki ramai. bukan sorang.

Wordless Wednesday

Childhood Memories....... ^_^

Ada tak anyone yang suka tengok kartun?
harusla suka kan, lagi2 time budak2 . sangat2 suka tengok kartun, leh bangun awal pagi lagi nak tengok,
ok, meh layan kartun2 version movies yang emy suka......


emy ngan adik + siblings siap nangis sedu sedan tengok LION KING ni, kisah kasih sayang ayah and anak, memang touching abis. *pakcik dia jahat ooo.


TARZAN ni pun sangat suka ok..... sedu sedan gak nengok part mak ayah budak nie. lagi scene ayah gorilla tu tak leh terima tarzan ni time kecik, sedih kot, budak kecik bukan tau pa pe. uwaaaaaa meraung gak tengok. kisah manusia yang membesar di kalangan haiwan. 


Kisah remaja wanita berhati besi ni, MULAN. sangat best tau, sanggup berkorban diri sendiri sebab tak nak tengok ayah dia bertempur di medan perang, last sekali jatuh cinta ngan price. syahdu and romantik. 


yeah, TOY STORY, emy ngan adik teruja tahap power rangers tengok cite ni. best2. kisah mainan seorang kanak2 yang boleh bercakap and mempunyai persaan. sape yang mengikuti cite katun ni, dari yang 1st lagi mesti enjoy, sebab dari budak tu kecik ada si woody je, then masuk lak mainan lain, woody tu jeles, sampai la kanak2 tu masuk kolej dia hantar barang mainan dia kat pusat asuhan kanak2, macam2 kisah menarik dirang buat nak escape dari tempat tu, *dulu imagine nak beli si woody tu, huhu

p/s : enjoy tak zaman kanak2? best kan...... sekarang ni dah kurang movie kartun yang bermoral, cite kartun kat atas ni banyak moral value, sape2 yang ada anak tu leh la ajak anak2 tengok, full of friendship and love. sangat menarik. *budak2 sekarang tengok upin ipin ngan boiboi boy ye tak?

Aku Suka.....


teruja tak tengok kecomelan doodle cik doodleLiciouss nie? 
sangat cun n sangat lawa ok.
teruja ngan bakat2 diorang nih.
aku je yang tangan kayu. tak reti la nak melukis2 nie. hehe
nak cuci mata n dapat freebies, jenguk la blog comel ni. 
*klik je kat gambar di atas.

p/s: cik cempaka, sorry culik gamba tu, pinjam je, tak ambik pon. sangat comel. sukaaaa!! 
*blogwalking je kat page ni hari2 tak bosan sebab semua dalam ni comel. *tak jemu mata ku memandang. lalalalala


Ulang Tahun Encik Tunang Ke-26

Cute Rabbit emoticon  SELAMAT ULANG TAHUN FARIDZUL AMIR.....18/10......

tak banyak nak cakap, just teruja nak wishkan besday dia selepas bergelar tunangan ni.
memula agak stress fikirkan hadiah yang nak bagi.
*idea banyak, tapi dikejauhan, (Negeri Sembilan ngan Sarawak) agak2 naik bas ley sampai? haha Cute Rabbit emoticon

setelah meminta bantuan encik google *tak banyak membantu* akhirnya tercetus idea gedik.
jangan teruskan baca+tengok, sebab entry kebudak2an dan gedik okay.
hehe
Cute Rabbit emoticon tercetus la idea nak bagi hadiah di bawah.....Cute Rabbit emoticon




hahaha lawak kan? okay, ada simboliknya kereta mainan tuh. katanya lawa la b..... cam tau2 je. hehe aku memang tau. *ada lagi hadiah sampingan yang gedik dan aku rasa tak perlu la aku uploadkan gambarnya.



yang pink2 comel ni pulak, untuk sis in law wanna be..... umur dik yang 14 tahun, so tak tau nak pilih pe, banyak je yang sesuai kan, tapi aku nak jugak cawan comel ni. (hadiah besday yang terlewat, dah nak majuk pun dik yang ni) hehe

 YoYo & CiCi emoticon

 YoYo & CiCi emoticon

 YoYo & CiCi emoticon

yang ni pulak adalah kegemaran aku, aku memang suka baby milo ke, yoyo n cici ke, asalkan berunsur monkey. hehe cik monkey pink encik tunang yang hadiahkan, bekas tisu n ruler tu aku saja gedik nak buat koleksi. (belikan hadiah untuk orang len, bleh pulak menghadiahkan diri sendiri gak kan) hehe 

p/s: tq pakcik posmen, hadiah telah selamat sampai kepada tuannya. :)

Hidangan Tengahari Dari Mak

Entry ni hepy! hehe

YoYo & CiCi emoticon

Ok, kenapa hepy? selalu tengahari mak balik lambat, so mak masak lambat. kadang2 petang baru makan.
hari nie bezzzz mak masak spesel hidangan kampung.


yang ni udang besar. kitorang panggil UDANG GALAH. sedap woo,
mak masak rebus besa je, *dah nak abis bru amik gambo. hehe YoYo & CiCi emoticon


yang ni pulak, ingatkan ikan kembong besa. mula2 buat tak tau sebab agak muak. 
then aku amik gak sekor. uhh rupanya pekasam. *pekasam ni tak de bau. makcik yang buat. 
makcik buat macam ni, kat tengah2 (tempat perut ikan ni *selepas perut ikan dibuang dan dibersihkan, sumbat la ngan buah mempelam, then simpan dalam peti ais semalaman, esoknya dah boleh goreng. 
sedappppppp LIKE sangat2.

p/s: orang kampung cam aku layan la makan macam ni, anda? hehe okbye assalamualaikum.....
selamat menjamu mata *selera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...