Mencari Identiti Blogger Yang Hilang (25 Mengenai Saya) -Tag

Terbaca entry Encik Hasrul Hassan, sebab tu saya rasa HARUS la saya buat entry ni.

kredit pic : ex student smk subang.

1. Nama penulis blog ini ialah Noraimi Samsu. 

2. Melihat dunia pada 19 Disember tahun 1986. Dibesarkan di Kampung Sayung. Kampung itu located in Sarawak. Belum berkahwin dan dipunyai oleh tunangnya Encik Faridzul Amir Bin Dzulkafly. 

3. Saya dilahirkan secara normal dan telah membesar sebagai anak bongsu selama 7 tahun. Selepas 7 tahun itu saya telah mempunyai adik kandung yang membesar dengan sihat. 

4. Tak pernah berpindah randah. Menetap di rumah ini sahaja. -hingga sekarang.

5. Menghadiri tadika, tetapi pernah tidak ke sekolah tadika selama sebulan sebab makcik (yang jaga saya) telah balik ke kampung, maka saya merasakan tak ada orang yang pedulikan saya nak pergi sekolah sebab rapat ngan makcik tu. Selama sebulan itu, kakak sayalah cikgu yang terbaik ajar saya secara tak formal. 

6. Sekolah rendah- SK Batu 4 , SK Tedungan.

7. Sekolah menengah- SMK Agama Limbang, SMK Kubong, Limbang. 

8. Degree in TESL. (ipts-MSU, shah alam). jarang nak ngaku sebab tak terer speaking. hahaha

9. Mendapat sebuah laptop setelah mendapat A dalam subjek creative writing. (ayah cakap kalau dapat A baru dapat laptop) haha

10. Membuat pinjaman daripada PTPTN sepanjang study. (belum bayar pulak)

11. Praktikal di SMK Subang, mengajar Form 1 n Form 2. 

12. Berjumpa dengan Encik tunang ketika orentasi kolej. 1 group, tapi kemudian berjauhan sebab dia telah diterima masuk UITM Dungun.

13. Pernah bekerja sebagai peniaga dari rumah, jual aiskrim, jual nasi goreng n mee goreng. Pernah berniaga ketika puasa. Currently bekerja sebagai guru. 

14. Mula mengenali dunia blog tahun 2009, kemudian berhenti berblog selama beberapa bulan.

15. Die hard fans twilight series.

16. Meminati barang2 baby milo. merasakan monkey itu comel.


17. Minat bershopping dan suka mengumpul beg, kasut dan novel.

18. Meminati gadjet laptop berbanding handphone.

19. Penghidap asma sejak berumur 6 bulan hingga sekarang.

20. Pegangan hidup 'Jangan kedekut berbuat baik, kerana balasannya 10 kali ganda kebaikan berbanding apa yang kita telah lakukan.'

21. Sangat tak suka perkataan mencarut seperti B****, B***, S*****, ahh banyak lagi kot. sangat tak suka bila perkataan2 ini dikeluarkan.

22. Seorang yang cukup gugup. tidak ada keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. enjin lambat panas. 


23. Bercita-cita menjadi doktor kerana meminati dunia sains.

24. Ratu air mata. Jiwa agak sentimental.

25. Berjiwa klasik. menyukai lagu2 zaman 60an, 70an, dan 80an.

Ok, itulah serba sedikit pengenalan mengenai diri saya,
Saya tag merekaaaa.......

-- Kak Hana
--Kak Zahidah 
-- Nanakimie
-- MissCT
--Cik Tia
-- Sassy Girl 









5 juta nak join makan chocolate cadbury!:

zahidah seran said...

eh eh terkejut baca khusyuk2...
ternampak nama di situ...
insyaAllah,akak buat ye...=))

cik jannah said...

hahaha. baru saya tauu. :0

nur said...

wah.. detail ni..
selamat kenal ye ainii

Cik Pulau said...

bahaya neh..
ratu air mata..
nanti kering air mata. hehee

suha said...

oooooooooooooooooooo




(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...