Assalamualaikum.
Nape entry aku berbaur politik ni? hehe
Jangan la ada yang nak saman aku plish.
Kekadang aku naik malas dengar 1 Malaysia ni.
Sorry to all. Erk, bukan apa. Aku faham konsep
dia. Setakat slogan tu dilaung2kan, ada meresap
kat jiwa rakyat ke?
Makin teruk perangai perkauman adalah aku rasa.
Sape setuju? Tak pe la, aku setuju sorang.
Baik kita amalkan konsep Islam hakiki. Tak payah
laung, tak payah gah, cukup dengan tindakan,
tingkah laku, adab sopan.....
Semua tu akan membawa kepada 1 Malaysia
yang diharapkan.
Ok, apa yang buat aku rasa semak jiwa bila semua kehendak
kaum bukan bumiputera hendak diturutkan. Mana hak
kaum bumiputera? Bila terdengar rungutan kaum bukan
bumiputera mulalah gelabah nak bagi hak yang sama.
Semua tu tak adil kot. Tak adil kat dunia je lah. Tapi
aku rasa sebelum ada konsep ni, diorang diam je,
tak banyak membantah pun, walaupun ada suara2
langau yang menyampuk, tapi tidaklah sekuat suara harimau
mengaum.
(terima kasih kerana membaca pepatah yang direka oleh ku
sendiri yang tiadalah pengalaman ini)
Maap, jika panjanglah pulak. Tapi aku ingin menekankan
betapa hidup kami di negeri bertuah bernama Sarawak ini
aman dan damai bila kami boleh memberi dan menerima.
Bayangkan kaum Melayu boleh bertutur bahasa Iban.
Kami boleh duduk semeja, bergelak ketawa bersama.
1 geng dengan yang berbangsa Iban tidak menjadikan aku
terasa asing di sini, tapi bila berada di sana aku hanya
duduk di kelompok Melayu sahaja. Boleh bersama mereka
tapi tidaklah GENG seperti di sini.
Pernah gak diejek bila aku wishkan kawan2 India apabila
tibanya Deepavali. Ok fine. Aku tak marah, tapi aku rasakan
mereka harus dihormati, JIKA anda juga ingin dihormati.
Ok bye. Assalamualaikum.
p/s: maaf jika bahasa keterlaluan. aku hanya penulis yang daif.
menulis mengikut persekitaran dan apa yang aku rasa.
leave a comment, n i will delete this, i f u hate this. TQ
Tanda tanda mata sudah rabun !
6 days ago