Assalamualaikum semua, salam jumaat.......
Semalam, apa jadi ye? hehe
*ignore profile pic. haha n ignore my name.
saje nak femes lebih guna nama fake. hehe
WISH ME LUCK!
yes semalam aku pegi test untuk SPA, kemasukan sebagai Pegawai AntiDadah.
dengar nama pegawai aku dah gerun, then aku teliti surat dia ada math. ok enough untuk menggerunkan jiwa ku. sebab memang tak suka math.
study sangat aku ni since 2 weeks lepas. macam2 aku cari kat internet.
baca dasar2 kerajaan, baca sejarah.
then, semalam, sebelum pegi, siap salam mama n dady lagi. aww sweet aku.
haha sebab selalu ada mama je. since dua2 ada aku salam dua2, hopefully aku dapat keberkatan la kan. hehe
aku terlambat masuk ye korang, because? silap tempat, apa la diorang ni tak informkan awal2.
cube kalau aku sesat jauh? nasib baik tak jauh sangat.
sampai kat sana, nasib baik diorang tak start jawab lagi.
n tak sangka my frend 2 orang jugak dapat test ni.
OK, about the exam,
semua tentang isu semasa, dasar tak masuk, sejarah apatah lagi,
paling tak tahan, bab IT banyak giler masuk, tapi puas ati la, sebab aku tau.
ada la soalan windows 7, soalan watermark, yeehaa terbaik. haha
soalan math, ce teka, tak bleh pakai kalkulator u ollsssss.
adoyai, aku dah la math memang terer.
so, sejuk tangan aku jawab, nombor kemain panjang, nak kira macamana?
semua kitorang bebel lepas keluar exam sebab tak sempat jawab.
then, paper essay english n bm, guess what esei bm kluar soklan pasal bajet,
sure aku tak jawab, benda tu fakta, kalau aku merepek berlanjutan, memang markah aku hilang kat sana,
so aku pilih langkah2 menghalang 'keldai dadah'. bleh tahan jugak la aku boleh jawab. hehe.
essay english aku jawab pasal smoking should be banned in public places. bunyi cam easy kan, tapi berkerah gak keringat aku jawab.
bydway, semuanya dah selamat aku jawabkan, d result will be on 23.12,
aku just berserah semuanya yang terbaik........
tapikan......... my mama berharap sangat aku dapat pegi stage seterusnya, hope dapat la kan. amin3.........