Mana Perginya Blogger Tegar?

Assalamualaikum.......

Hari ni cuti! Yea yea......hehe Isnin pun cuti lagi. Best.
*duk lepak kat umah sambil kenyit2 mata kat kucing*
haha merepek.

Sape perasan ramai dah blogger2 tegar menghilang?
Tak nak menulis lagi ke? Ke dah tak de idea.....
Rindu sangat2 nak menjejak korang... uwaaaaaa

Tapi seyesly, mula2 berblog dulu bukan main, sehari
sampai 2,3 entry aku tulis, kadang2 sampai 4 pun ada,
semua benda nak tulis, sekarang? hahaha well, kekangan
waktu kot. hehe, terer tak bm aku?
*aah, ko dapat A bm kan?* perasan..... hehe

Sekarang tak macam dulu rasanya, ke aku je yang rasa
cam tu? kalau dulu meriah kot, sekarang macam kurang
sikit feel berblog ni, hehe

Orait tak nak emo2 cuti ni, jom kita meluangkan masa
dengan family tersayang. :)

Salam jumaat semua.......

my nenek n lil arissa.... 


"Segmen Eza: JALINAN KASIH SEBLOGGER"


dah lama tak bersegmen-segmen ni,
saja je, sebab dah lama tak menempekkan 
segmen. 
Orait selamat bersegmen,
nak join klik banner u ollz. 
(tarikh tutup: 1 Jun 2012)

Pasal Kuew Tiaw Bergaduh

Assalamualaikum.....

Saya mengaku saya nak makan kuew tiaw kungfu tu!
Saya nak makan suka hati saya la!

Hikss,*terlampau lak intro tu ye, :)

Nak cite pasal kuew tiaw KUNGFU ni, punyalah aku
minat giler makan kuew tiaw ni, tak tau nape MALAS
nak masak sendiri. Bukan apa, kat tempat emy ni tak
ada satu kedai pun yang ada menu kuew tiaw kungfu.

Sebab tu kena masak sendiri emy oi. Jawapan: M.A.L.A.S,
sebab yang makan nya aku sorang, diorang kat rumah ni
bukan nak makan pun, kang melantak sorang tak ke jadi tong
drum. haha

Ekcely nak compare kan kuew tiaw Shah Alam dengan
kuew tiaw K.K, sangat jauh beza ooooo, kuew Shah Alam
TERBAEK, kuew tiaw K.K sangat spoil, sebab seafood
kurang, sayur dia letak cam pelik, letak cendawan butang
dalam tin, sangat OUT OF D TOPIC ye pakcek.....




#CE TEKA YANG MANA SATU SHAH ALAM N
YANG MANA SATU K.K? HEHE

Books to let go. Free je

Orait sape2 nak buku-buku ni?
Emy nak bagi free je, korang just bayar POSTAGE SAHAJA.
Berminat tak?
Maybe nak buat collection or nak guna,
tak larat nak simpan kat rumah dah..... sebab nak renovate segala,
so terpaksa la lepaskan......

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

Buku-buku ni more to bebudak yang amik TESL,tapi if berminat 
boleh je kan? hehe so, ada pa pe, nak ke, contact me 019-3430437....... 
semua dialu-alukan, 
assalamualaikum.......

Hari ini memasak

Hari ni Saturday, cam best je duk santai kat rumah pagi tadi.
Then
"Masak! mak nak g kebun"
owh, ok, haha
Nampak sangat aku dalam ketidak redhaan, hehe sebab 5 hari
bekerja dari 8-5 petang adalah kepenatan yang tak terhingga,
sampai tengok tv pun tak sempat. =_=

Hari ni menu mak yang sediakan, so, buat aje lah.
Tajuk menu, ikan terbakar, haha senang je, bakar atas dapur,
tak susah pun, sambil2 tu leh tengok tv. hehe

nama ikan ni uji rashid. tah pa pe. haha

KISSES, sangat sedap woo..... :))

Ok, nak update tu je, nak jejalan ke blog korang lak.
Assalamualaikum



1 Ofis ngan Nabil.

Caye tak? Tak caye?

Assalamualaikum....
Ada tak aku cakap yang aku dah start keje hari ni? Takde eh?
Hehe
Syukur alhamdulillah berkat sabar akhirnya dapat gak keje.
Aku keje under Sarawak Timber, kira company ni badan
berkanun, half-half gitu. Tempat keje aku ni panggil PUSAKA
je, orait hari ni 1st day keje,

Sampai awal, tapi ofis tak buka lagi, then lambat sikit baru ada
yang buka. Dia tanya boleh bantu? Aku pun errr nak lapor diri.
Macam terkejut beruk dia, ye la sebab semua orang outstation,
tinggal dia sorang je.
(kesimpulannya hari ni aku ngan dia je dalam ofis)

Ok, berbalik kepada tajuk, Nabil yang aku referkan dia la,
nama dia bukan Nabil tapi perangai cam Nabil, lawak2
sikit, gelak pecah sikit, tak control punya orang. Awal2 dia
cakap dia dah kawen, tak pe la dik, akak pun nak kawen gak,
akak keje bukan nak cari calon. huhu *umur dia lagi muda
dari aku*

Guess what, hari ni aku break awal, and balik awal, kalau ada
bos abesla.... And paling best staff 6 orang je. :)

ofis ni baru pindah ke tempat baru, berselerak sikit.

kosong, kosong~~ lalala

keje pertama, layan je.

see, staf dia.... sorang je pempuan ni, 

orait, tu je kot. asslamualaikum.
mood teruja ni, esok lusa penatla aku, alahai..... :)

Jom K.K

Assalamualaikum...........

Adeh, mengantuk ni. Tapi nak update gak, nanti BASI la......
Okay, mengantuk ni sebab macam penat duduk dalam keta
6jam. (Nasib baik bukan aku yang drive) hehe

Tau kenapa? Lebih kurang 2 minggu gak la babysit Arissa,
*anak buah. Sebab kakak macam bz sikit, sebab minggu
lepas Hari Guru bagai, kesian gak kan, sebab time kecik2
kakak yang jaga aku, tak nak la berkira sangat kan.
(Jap g lari topik nih)

Berbalik kepada tajuk, ye jom k.k, macam tak puas jalan2
kat kk even dah selalu pegi, 1 je yang tak bape nak best,
kk ni panas wooo...... Yang bestnya banyak tempat nak
pegi, view cantik, paling penting shopping. hehe

Pagi tadi jalan kat pasar pagi Ahad, (ala2 Jonker Walk kat
Melaka) *betul ke aku eja?

banyak benda kat sini termasuk la toys. nak beli, haha

beg2 pun ada nih.

pakcik apek interprem. hehe

fokus kat rumah atap daun tu,
*jangan fokus mak n ayah ku, hehe 
selalu ada band buat show, pagi tadi tak de plak.

banyak sangat gerai nye...... 
lenguh gak kaki jalan ni, 
jangan lupa beli kipas ke, panas kot, ramai orang bersesak2, 

monkey!

pempuan suka ni, murah2 je, 
lagi2 beli la sepapan, lagi murah dik....

orait, kalau rasa tak puas ati tengok gambar ni, datangla sendiri,
air asia kan selalu sale tiket murah, beli la, datang la sabah. 
sape2 nak pegi, perlukan bantuan, nak tanya itu ini, silakan, 
aku boleh bantu, nak khidmat kereta pun boleh sebab abang 
ipar buat bisnes kereta sewa. 

Tu je, mengantuk. Bye, assalamualaikum...... gud nitez!

Janganla asyik menyusahkan orang je.

Assalamualaikum akak, adik dan abang......

Tadikan pegi la makan with family...... Bukan nak cite pasal makan,
tapi ada sorang makcik ni, *ekcely kakak, tapi aku sangat tak suka
perangai dia*

Dia order sup ngan nasi kosong, dia ngan boyfren or husband tak sure.
Then order sampai, die nak diet kot* hahaha dia suh adik yang hantar
nasi tu kurangkan nasi, then dah kurangkan adik tu datang.

TAPI,
"Dik, kurangkan lagi" ok adik tu datang ngan muka pasrah, baik je muka
dia. Pastu, "Eh, sup ni tambahkan bla, bla .......bla" aku tak ingat sangat
dia minta pe, dalam hati aku, kalau aku jadi adik tu aku simbah muka
dia ngan sup. (ye aku sangat jahat) Ingatkan dah settle, laki tu pulak
minta macam2, baru nak puji laki tu penyabar, rupanya sama je
perangai.

Aku bukan nak kata apa, tapi, time tu orang sangat ramai, then dia ingat
adik tu dibayar nak layan dia je, agak2 la, mentang2 dia macam style
sikit baju dia, tapi adik tu pun ada kudrat yang sama ngan kita. Gaji dia
berapa je, tapi keja sangat penat, kesian la sikit.
Pendek kata tak ada PERIKEMANUSIAAN. ok dah, nanti aku jadi lagi
jahat, haha

Assalamualaikum.......

Stone Fire

Assalamualaikum...

Nak tanya, sifat BATU API tu macamana ye?
maksud aku macamana kita nak klasifikasikan
dia sebagai batu api?
*kemain ayat aku*

Contoh situasi,
Cik A rasa tak puas ati ngan sikap Cik B, then Cik A cakap
kat Cik C, kira nak luahkan perasaan kat Cik C la, Cik A
just cakap benda apa yang dia tak puas ati tu, tapi Cik C
dah bersangka buruk kat Cik B.
Macam ni kira Cik A batu api ke? hmm......

HELP!

Sejuta kisah sekolah.

Firstly, Selamat Hari Guru untuk semua.....

Banyak sangat kan kisah time sekolah ni?
Meh nak cite sikit kisah time sekolah yang berkaitan
ngan cikgu ni.......

1) Pernah kena rotan ngan cikgu sebab gagal subjek **.
tak leh nak sebut. haha rotan dia sampai 100 kali,
kena rotan seminggu 10 kali, bayangkan berapa minggu
berdepan ngan azab rotan ni nak abeskan 100 tu? hehe

2) Pernah kena baling ngan pemadam papan hitam
sebab duk menyembang dalam kelas. *ye, cikgu yang
sama. cikgu ni memang garang kot.

3) Pernah kena baling dengan buku sebab peta yang
dilukis sangat buruk, huhu and cikgu ni ketuk kepala
aku before masuk exam PMR, katanya bagi berkat,
alhamdulillah keputusan subjek ni cemerlang. *cikgu garang
tanda sayang.

Tapi 1 perkara yang paling best bila ada beberapa cikgu
yang hargai kita walaupun benda tu hanyalah kecik.
To Cikgu Suwaibah, Miss Paraceleta Robert, Ustazah
Khadijah, Cikgu Wan, err, macam lupa nama cikgu pulak.
Cikgu yang garang semua dalam kenangan.
Love u teacher!
*nampak sangat aku bermasalah time sekolah kan? haha
i'll never regret for all mistakes i had made.
sebab aku tau ramai yang tak ada experience macam aku.
and diorang tak tau apa rasa jadi pelajar yang buat salah.
i've learned from my mistakes yes i did. n now i am a better
person. banyak lagi yang aku tak share........ next time la kot kan?
Assalamualaikum

Handphone pun bosan.

Baru pas borak ngan kawan tadi,
wuwuwu takde topik tapi buat2 ada.
Faham tak?

Mula2 cite la pasal life masing2 sekarang,
then blur
.
.
.
blur lagi *cite ngarut je manjang.
.
.
.
pas tu aku tetiba cakap, eh aku dah
beli handphone baru, hp xperia yang ko cakap
tu memang cantik la, tapi aku tak beli pon.
beli sony gak, tapi bukan xperia.

then, mula la, dia merepek sakan,
perasan tak handphone sekarang ni sama je,
PETAK, TAKDE KEYPAD, cam bosan,
tak unik pun.
aku pun, aah kannnnnnn........ betul cakap ko.
dia merepek g, kononnya nak beli hp dulu2
yang super duper unik, limited edition.
*macam la ada jual lagi skg.

p/s: sangat setuju kan hp skg sume sama je,
brand je len2.
asslamualaikum.


Ketagih minum.

Assalamualaikum...
Sape penah ketagih minum?
Apa2 je minuman kay, bukan minuman keras tu,
hehe

Aku ada ketagih tu, ketagih Nescafe.
Susah kot nak buang, macam ketagih rokok lak.
Start minum nescafe ni taim abes form5,
masuk form6. Kakak yang bagi pengaruh ni.
Kakak taim tu dapat KPLI, jadi keja n study.

Konon selalu la stay up ngan kakak. Then
nak bagi mata segar kononnya minum la
kafien ni, pergh mula2 macam tak de hal.
Lama2 ketagih, sarapan pun nak nescafe,
padahal selalu sarapan teh je, tak pun milo.

Then g sambung study menjadi2 lak ketagih,
1hari leh sampai 3 kali minum nescafe, susah tol \nak insaf.

Tahun ni berazam tak nak minum dah. Alhamdulillah
minum gak, tapi tak ketagih dah. YEAH!!
macamana leh behenti?? mula2 tak tahan tol nafsu nak
minum, tapi konon asal nak minum je buat teh susu,
pas tu sarapan pagi g minum air kosong je, memang rasa
macam KOSONG sangat. tapi BERJAYA kot. GEMBIRA!!

hehe ekceli nescafe n kafien ni bahaya untuk kesihatan.
sebab tu nak bhenti :)

Lucah

Assalamualaikum,
Andai tajuk dan entry ini menyinggung mana2
pihak minta maaflah ye.

Orait, ni based on pandangan je, sekarang rasanya
musim fotografi kan? free lense bagai.*betul ke
aku cakap tu?* even budak2 kecik dah reti
amik gambar. *untunglaa~

Ok, tajuk lucah di atas ialah apabila foto2 yang
dihasilkan seperti lucah, nampak lucah, lucah
sana sini, erm, aku tak la pakar sangat dengan
modelling bagai ni or tentang fotografi bagai.

Tapi aku rajin n fans sangat tengok American
Next Top Model. *puji diri sendiri rajin* ahh abaikan*
haha

Ok, berbalik kepada tajuk, budak2 laki jangan
tengok tau sebab seksi sangat. ANTM ni
bukan takat tonjolkan keseksian or bak
kata mak tak sesuai nak tengok, tapi kita boleh
ambil dari segi positif bilamana para juri komen
tentang gambar2 diorang, juri cakap gambar
macam ni murahan, gambar majalah lucah,
bukan atasan. So, dari sana leh tengok n bandingkan
gambar mana yang diorang bagi pengiktirafan.

Memang seksi, tapi gaya yang ditonjolkan memang
ada class. *bercakap tanpa pengalaman, tapi
pemerhatian* ok done, tu je, boleh tak aku tunjuk gambar
tu?

MAAF 

First Word. Mama!

Lagu ni untuk mama-mama semua!

Orait, tak tau nak merepek apa,
tapi aku dah listkan beberapa
perkara yang tak boleh aku lupakan,
perkara yang ada kaitan ngan mama:

1) Bila tak boleh tido time demam, 
rasanya time tu dah umur 5 tahun kot,
tido kat pangkuan mama sampai pagi 
n mama tak tido, padahal mama 
kena keja. Cant imagine pegi keja dengan
tak tido 1 malam. 


2) Bila mana mama kecewa dengan 
keputusan exam, tapi mama tetap 
bagi semangat walaupun mama
membebel panjang.


3) Bila mama bersusah payah datang 
sekolah setiap hujung minggu.  (sebab
duduk asrama)


4) Bila paksa mama belikan jam yang
maha mahal semata2 nak pujuk pegi sekolah.
(Time tu sangat tak suka pegi sekolah 
sebab duduk asrama) haha


5) Bila mama tak pernah menangis depan kami
sedangkan dia berdepan dengan perkara 
paling berat. (Sebab tu kami adik-beradik 
malu nak nangis depan2)


6) Bila mama sentiasa ingat makanan kegemaran
and mama masakkan ayam dan daging padahal
mama tak makan semua tu. 


7) Bila mama bakar semua surat2 cinta zaman 
monyet. hahahaha sangat garang. Tak pernah 
kongsi cite pasal boyfriend. Mama hanya 
kenal Faridzul Amir and mama put trust on him.
*perlu ke kau tulis?ngeee*

orait peeps, banyak lagi, cuma ni je terdaya nak tulis and
korang pun tak larat baca panjang2.
i love mama forever! dah seminggu lebih tak jumpa mama.
:(


Bachelorette Party Part 1

Assalamualaikum semua,
maybe korang macam nak cakap "erk"
"ek eleh" "nak tiru omputih la tu"
"super spontan" (eh, tak terlibat) haha

ok, aku nak mengisahkan perihal tajuk di atas,
oleh kerana aku ingin menamatkan zaman bujangku,
huhu maka teman2 gedik telah plan something
for me which is seperti tajuk.

thanx a lot untuk mereka, although plan
macam tak jadik, tapi sangat2 hepy!
dapat jumpa n lepak2, tidur sebilik.
wah! sangat bahagia,

sebenarnya, majlis ni diawalkan sebab ada peluang
datang semenanjung maka menapaklah aku
untuk sahabat2 yang sangat menyayangi ku okey!
act plan bulan 7 tapi takut tak berkesempatan,
anyway nak cakap tu je,
and party ni hanya MAKAN-MAKAN sahaja,
dan tidak ada kaitan dengan BERSIH, TARIAN TIANG,
atau POLITIK. haha


pinjam google jap, gambar tak terupload, nanti ada part 2 pulak. hehe





lebih kurang gedik la kan? just one word! FUN!
p/s: jangan tanya bila tarikh wedding eh, haha yang penting
after raya n i'll announce n i'll invite all of u!
LOTS OF LOVE..........................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...