Fuhh berhabuk gilaa!

Assalamualaikum there......

Ko hidup lgi ke emy? haha
well, still alive-currently bz with wedding preparation-though so many thing
to be handle with-anak2 buah kat rumah bersepah*cuti sekolah katakan-nak
on lappy sangat malas. *ALASAN KO NAK HUPDATE SANGAT TERBAIK
MAK JEMAH.....

Okeh, back to watever it is, kesian ngan blog tak berhupdate, my wedding day
just around the corner, TAKUT sangat2. NEVES. -akan bertukar status--dapat
mak mentua ayah mentua--dapat adik2 ipar yang gojes and ensem--furthermore
akan dapat kazen2 baru--conclusion FAMILY baru...

*benda tu ke ko cakap takut?neves?tak logik kan kan? hahahaha

ok, tak reti nak merepek. ENTRY TAK BERGAMBAR NI. BOSAN.

--PRAY FOR GAZA. HENTIKAN SEMUA ITU, PLEASEE.... STOP KILLING!--


*anak2 buah bersepah................................................. =.=

TEGAS

Assalamualaikum.....

Bila tak dapat nak update entry bergambar amat membosankan..
*but i will make it interesting.

Pagi ni buka TV3 mengharapkan Mzul mengacarakan MHI.
Tapi Fedtri. Tapi Fedtri punya ayat membangkitkan mood.
Bila Fedtri memperkatakan tentang isu peminta sedekah.

"Rakyat Malaysia cepat kesian, punya rasa simpati yang tinggi"

Ye, setuju sangat.

Padahal kata Fedtri kita kalau nak kesian pun bagi benda yang
setimpal dengan apa yang dilakukan. AGREED. kalau dia jual
tisu harga 20sen, bagi 20sen, jangan bagi RM1. see?

Maksudnya kalau dah terbiasa asal hulur tisu dapat RM1 malah kadang
RM10 sapa yang tak nak jadi peminta sedekah?
Sedangkan mereka mampu untuk buat keja yang mendatangkan duit
dan bukan hanya dengan menebalkan muka untuk menjadi peminta
sedekah.

"Perkara sebegini mencalar imej rakyat Malaysia"

AGREED. rasa nak angguk2 je time Fedtri cakap tadi. Damn!
Wakeup people. With Love~ Monday Bluessss

Dah lama tak shopping


See...

Assalamualaikum,

Waalaikumussalam....

Besa je....

Assalamualaikum...

Firstly nak bagitau, modem kat rumah rosak. Damn. malas nak fikir.
Rasa macam mula2 tak leh nak idop. eh?
Macam dah tebesa guna BENDA FREE kan?
Mesej free, kol free. tetiba benda alah tu takde.
Abaikan.


Boleh nak rosak time ni pulak. hewhewhew.

Dah masuk bulan Oktober, dear cinta hati, hero malaya.
His birthday on 18th. Tak tau nak bagi pe. Bagi cinta hati
je la kan.

My mama on 16th, my lovely cousin on 17th and my
lovely sweet sister ema on 4th. esok lusa je pon.

Then all i need to do wish je la. hehe orite then.

BESA JEEEEEE....... assalamualaikum.....

Kalau dpt cake ni lompat2 sambil nanges. hehe



A day with full of surprises.

Assalamualaikum....


*buku ni semua pasal petua untuk kesihatan diri. 
paling best gunakan bahan semulajadi.
gambar kat atas ni scrub muka, memang terbaik. 



*yang ni surprise dri Mr.Fiance.
Thank u so much dear! love it~



Zyraroxx: Follower Datang Bertubi-Tubi


Tak sampai 1minit buat entry ni, bertubi-tubi follower masuk.
hahaha
tipu je lah, 
baik, nak meramaikan umat di dalam jemaah ni nak gak join segmen follow
menfollow ni. 

Dear Zyra Roxx~
Blog sempoi gilaaa. Tu je, sekian. hehe

Follower sekarang: 240, kalau masuk 5 orang pun dah kira bersyukur. 
:D

Freebies Sweet dari Nabila Medan

Assalamualaikum,

Sabtu :)
Takde mende nak buat agaknya kan....... Tak nak cakap benda
negatif or melalut, baik kita terjah page Nabila Medan ni,
Comel je Blog dia. Siyes comel.

Then bagi freebies lak tu, sape2 yang nak grab silakan terjah
beramai2.......


*klik header Nabila Medan ni untuk terjah blog dia..... *

EMO berjemaah...


*kena buat muka kompiden ngan diri sendiri dulu sebelum memulakan emo ni. 

Assalamualaikum,

Ini adalah blog peribadi saya, dan saya berhak ke atasnya *emo.

Baiklah, memulakan bicara dengan bismillahirrahmanirrahim.......
Terasa sakit jiwa dihempap konkrit ngan dugaan ni. *Manusia itu
tidak punya belas. Kenapakah?

Okay, straight foward nak cakap, ini adalah berkaitan CLAIM emy.
Kawan2 yang banyak membantu dalam emy membuat tuntutan 
claim itu terima kasih. Secara terus terang, emy harapkan claim 
itu sampai di tangan emy. Kawan2 lain melonjak keriangan bila claim
RM700 ++ telah diterima. Tapi emy bila? Kenapa?

Okay, diteruskan bicara, CLAIM tersebut hanyalah travel request dan
salah sebenarnya, ok. Takpe lagi, terus....... If benda macam tu salah
orang akaun kena betulkan, guest what, CLAIM yang tak bersalah tu
tak sampai di tangan emy MAKNANYA emy tak dapat nak baiki
kesilapan. 

Rupanya jawapan untuk claim yang tersangkut/tertunggak itu adalah 
kerana kakak akaun itu TIDAK menyampaikannya kepada saya. 
TERIMA KASIH. saya hadiahkan senyuman untuk kamu yang tak 
berhati manusia. 

Mungkin ada yang kurang faham apa yang saya perkatakan, tapi 
ayat mudahnya ialah KAKAK ITU SENGAJA TIDAK MEMBETULKAN
KESILAPAN AKAUN SAYA KERANA DIA TIDAK SUKA SAYA.
TERIMA KASIH. *KERJA ADALAH KERJA, PERIBADI TIDAK
SAMA SEKALI DAPAT DICAMPUR ADUKKAN. YOU ARE SICK! 

*emo sangat, maaf ayat digunakan adalah melampaui batasan saya. 


Eh dah abis emo, tengok design baju nikah pulak

Assalamualaikum,

Tajuk terpanjang pulak, actually tengah blur nak buat macamana
baju nikah. Sebenarnya dah decide pun nak buat BAJU KURUNG
MODEN, tapi macam nak elegan sikit. *perlu ke? bajet retis ni*

Nah, decide kan untuk emy




Ok, fokus kepada :

1. Nak dress/jubah ke baju kurung moden je?
2. Nak glame ke besa je?
3. Nak kain dia FLOW gitu.... perlu ke? errmm


*see cantik kan flow dia.......... awww
*terlampau banyak sense fesyen ni agak payah gak...... :)

Entry EMO

*nak buat muka kompidem dulu before nak emo. 

Assalamualaikum,
Ramai yang tak faham entry yang ni 

Aku dah tak ingat bila last.......


Orait... Malas nak bebel panjang sangat.... Meh le emy terangkan 
apa maksud emy dah lama tak tanya soalan pelik tu.

Korang pernah tak rasa putus cinta? Lebih kurang putus cinta la 
jugak emy ni. Dengan ayah emy sendiri. Means ayah dah tak macam 
dulu, *nak nangis macam baby*

Semua orang cakap SABAR. Ok, emy sabar. Tapi korang pernah 
rasa tak bila korang rasa still nak manja ngan someone but he left you?

That's what I feel exactly right now. I feel lost, feel empty. I am smiling
but it doesnt mean I am happy. Watdehek. I dont feel anything right 
now. 

ok.bye. macam tak leh fokus nak tulis pe. 

Who We Are (Isu Bintulu Daif?)

Assalamualaikum......

Baiklah mood raya dah semakin memupus....*erk, are they such word MEMUPUS?
Orait whatever it is, let me continue talking about things that made me build an 
anger in myself. (english berlari-lari anak sebab brain dah lama menggunakan BM
sahaja)

Sape tau isu BINTULU DIKATAKAN DAIF, yang telah tersasul diucapkan
oleh NURUL SYUHADA?

Orait, saya orang SARAWAK, tapi saya tidak bersikap kenegerian kerana kita
hidup di dalam sebuah negara. AM I RIGHT?

**Rata2 rakyat Sarawak tidak berpuas hati mengenai tindakan Nurul Syuhada
yang mana mengatakan Bintulu itu daif. O MY GOD *versi Nur Feetri. haha

**Sila buka mata mana-mana pihak yang tidak berpuasa hati mengenai perkara ini.
Ok, saya tidak akan mengulas mengenai kenyataan Nurul Syuhada. N.S dah meminta
maaf kat twitter mengenai perkara ini, bilamana dia mengatakan dia tersasul
mengenai perkara DAIF tersebut. Tetapi apa yang ingin disampaikan beliau adalah
mengenai Bintulu DULU dan bukannya SEKARANG. **Do u get me? Forgive
me if I am wrong.



SEE OPEN YOUR EYES WIDE PEOPLE. WAKE UP. 

N.S dah minta maaf kan? ** Dia hanyalah INDIVIDU sepertimana kita yang tidak lari
dari kesilapan. Jangan menghukum sesama manusia. Jika tidak berpuas hati please
kemukakan kepada pihak atasan TV3 BUKAN MOHON NURUL SYUHADA 
UNTUK MEMINTA MAAF SECARA TERBUKA. 

Watdehek#sorry penggunaan ayat tak bersopan. Tapi seriusly KESIAN kot. Dan
dengar khabar NS ingin meletak jawatan dari TV3 akhir bulan ini.

**People, jangan EMO melampau, please! Bayangkan kita berada di tempat NS?

P/S: kesian tengok NS pagi tadi, dia kurang interaksi dengan penonton, mata tak
tengok kamera langsung. BE STRONG GIRL. ALLAH ALWAYS BE WITH U!
GOOD LUCK WHEREVER YOU ARE. amin................

**jika tersilap, terkasar bahasa, sila komen dan saya akan buat permohonan
meminta maaf secara terbuka** PEACE NO WAR.

Aku dah tak ingat bila last.......

Assalamualaikum.......

Dalam banyak2 benda yang aku dah tak ingat bila kali
terakhir aku buat, aku tetap ingat benda ni. T_T

Kenapa? Aku anak derhaka ke? Ke aku dah tak reti
nak buat?

Actually aku dah tak lama tak tanya benda merepek, benda 
penting, benda tak masuk akal *ala2 budak tahun 1* 

Tak tanya kat cikgu ke? Eh, tak la, kat BAPA aku. hmmm
should I regret about this? NO!

Until now aku memang selalu tanya benda merepek ni, kadang2
aku tanya aku gak jawab. Aku ingat aku dah lama tak ada
conversation yang ala2 serius ngan ayah aku. Bukan sebab aku,
tapi sebab ayah aku. Terlampau banyak benda yang berlaku
sebenarnya. I need to be strong and he knows me well.

p/s: sekarang pengganti menjawab soalan merepek aku adalah
tunang aku *thanx a lot dear* and sorang pakcik kat ofis.
pangkat ayah2 gak. thank u pakcik jawabkan and kadang2
dia gelak dengar soalan aku yang maha pelik.
*aku memang begitu* -_-

salam ramadhan semua.......

Haziq Rayyan~~ 



Tetiba hari ni update banyak.. Cite cinta pulak.

ATT TO MY FIANCEE IF YOU ARE READING THIS, IT IS JUST MY OLD STORY TALE AND IT IS NOT ABOUT OUR FUTURE. I WILL LEFT IT BEHIND AND WE WILL WRITE OUR NEW STORY TOGETHER. I LOVE U.

Assalamualaikum...

Actually terbaca banyak post yang berkaitan cinta hari ni,
so nak menconteng kisah cinta jugak boleh?
(orang mood nak raya cite pasal biskut, baju raya, lemang,
ketupat, rendang, ko cite pasal cinta.) *ok, ngarut. hehe

Rasanya baru hari ni dapat menconteng dengan tenang dan
fokus. *kat ofis lak tu, ramai yang bercuti hari ni, so agak
tenang*

Sebenarnya tak tau nak definisikan cinta tu macamana.
Ke aku yang tak layak bercinta. hokey, dulu kan kenal
ngan sorang mamat ni, time tu zaman sekolah rendah u olls.
*ape ko tau time sekolah dah bercinta ni?*
Tapi nak dijadikan cite dia la konon pembakar semangat nak
datang sekolah. dah la dia ketua pengawas kat sekolah.
Kenapa malas nak datang sekolah? Time tu pindah sekolah.
Konon tak suka, sebab meninggalkan sekolah lama yang
ramai kawan2 yang best and datang sekolah baru macam
tak best.
Cinta yang ni macam lawak ada gak, bukan cinta kot, just
suka2. Sebab tak nak cikgu tau yang kitorang ada balas2
surat, kitorang ada nama samaran dalam surat. so,
kalau surat terkantoi, maka cikgu tak kan tau sape, kecuali
cikgu bijak pandai cam tulisan yang telah kami ubah.

*bijak sangat kau nak. bab bercinta memang kau no.1*

*terasa nak bercinta ngan pierre*
huhu jangan tanya kenapa. 
ok, cite kat atas tergantung macam tu je,
macam idea lari dengar lagu raya
kat ofis ni.
hahahaha

SEGMEN : AYU CARI RAKAN BLOGGER


nak tag NANA, sebab dapat dari nana... hehe
malam ni closed sampai pukul 11.
jom la kita merapatkan dan meramaikan 
rakan blogger kita.

*sebenarnya dah lama tak join segmen. hehe
salam ramadhan. assalamualaikum

Extra work=INCOME!

Assalamualaikum.......

Kemain lagi tajuk Macam aku dah buat keja yang sangat2
mendatangkan keuntungan. huhu
Saje nak bagi meletup sikit tajuknya.
Disebabkan keboringan melampau kat ofis, muncul la idea
"kalau la aku buat biskut time gini, mesti dah siap"
(monolog luaran)

Pakcik ofis: Eh emy, tol ke nak buat biskut? Buatkan pakcik
biskut nak tak?

Aku:Biskut pe pakcik? buleh jeeeeee.....

Pakcik: Popia ok tak?

*saat itu bermula la kerja menggulung melipat popia ku.
betul2 kot pakcik tu bagi upah. Yeah! boleh buat belanja.
Baik ati pakcik tu......


*macam berfoya-foya lak kat opis. 
yang penting ada keje nak buat n tak mengantok. 
ngeeeeee

*yang ni kes mata ku yang macam vampire tuh.
konon tak sakit mata pun, sebab tanda2 sakit 
mata memang takde.pegi sampai 2 klinik 
sebab tak puas ati ngan klinik first. double cek
katanye. huhu dah kurang merah, tapi urat2 
mata merah lagi..... sobsssss

*baru 1 ni biskut yang menjadi, tak de masa katanya.
balik pun kul 5 petang, malam pulak mengantok.
*banyak tol alasan. hehe

p/s: selamat berpuasa and selamat berhari raya, tak lama lagi!
jangan berfoya-foya kat ofis, buat side income leh. haha 
assalamualaikum.........


Asyik menerjah page FB Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum.......

Panjang tak tajuk hari ni? ehehehehe

Salam Ramadhan lagi sekali.......

Nak sambung cite pasal 'Helo Bro-bro' leh tak? Aku sendiri perasan bila
aku agak tak memberi layanan yang rata dengan anak-anak buah a.k.a anak
abang terutamanya. Imagine la, aku sangat selalu belikan baju2 untuk Qaseh
n Arissa which are anak-anak kakak. Bukan maksud anak-anak abang
lelaki aku tak bape rasa diorang comel *melalut. TAKDE KAITAN.

Maybe aku rasa kakak2 aku lebih ambil berat pasal aku *yang sememangnya
berat* haha my sisters tak pernah lupakan aku since kecik, pegi mana2 ada
je buah tangan diorang untuk aku, errrrr sangat bestttttt ada kakak. Sebab tu since
keje aku sangat selalu belikan apa2 je untuk my niece.

p/s: moral dia, kesian kat anak2 abang, aunty try berubah demi masa depan korang.
wah macam nak berbakti kepada negara. hehe

Back to the topik, kebelakangan ni, aku down giler bila 1 of my ofismate sangat
berkelakuan pelik. Aku tak perasan since when and apa silap aku kat dia.
Maybe ada yang tau cite ni, hmmm SAMPAI SEKARANG ok, dah la aku ni
jenis yang tak bape gemar keadaan keje yang tak mententeramkan.

Because of what? Dia langsung tak nak lalu depan meja aku, kalau dia nak
something yang melibatkan kawasan aku dan sekitar dia suruh orang lain amik.
Can u imagine how rude and childish nya dia. Tak apa la, at least aku yang tak childish.
Susah sangat ke nak hidup bermasyarakat? Faham tak bila dikatakan ESOK LUSA
MUNGKIN KITA TAK BERNAFAS LAGI DI MUKA BUMI NI?

Maybe dia faham kot, tapi ego dia tinggi gila..... And aku dah minta maaf kat dia
tru SMS, kalau aku ada salah silap, and u know what dia reply pe? 'Eh KAU apahal
minta maaf kat aku, buat keje masing2 sudah. tak de apa salah silap KAU'
Orait then, yang penting aku dah minta maaf. sekian,

p/s: sebab tu selalu muhasabah diri and motivate diri baca semua yang ditulis oleh 
Prof Dr Muhaya. sekian. assalamualaikum...... think positif. :)

Helo bro-bro.......

Salam Ramadhan semua,

Rasa berkurun tak buka blog and mengerjakan pengupdaten mengenai kehidupan
yang fasanya berjalan dengan sangat perlahan.........

Nak cecite pasal bro-bro ni, aku ada sorang abang je, abang kandung lah ye.
Tapi tak rapat sangat kot ngan abang aku ni, tak tau mana silapnya time umur aku 18
tahun ada la krisis yang sangat besar ngan abang aku ni. Nak dipendekkan cite
abang aku dah tampar aku dengan sesungguh hatinya. *maaf abang, aku cite
benda ni*

Ada benda dia tak puas ati, benda ni sampai sekarang aku tak leh lupa, tapi
lepas abang kawen, aku terima je isteri dia and anak2, cuma aku rasa aku still tak
leh ngam ngan dia.

Almaklum, abang sorang, nak bermanja kononnya tapi dah takdir ada abang macam
takde. Malas la kot nak cite pasal dia ni. OK, yang aku nak cite bila tunang aku
layan aku macam adik dia dan baru la time tu aku rasa macamana kasih sayang
abang tu, sangat protektif. *wah ayat bm aku. hehe

THANK YOU SAYANG.

*sebenarnya kekurangan idea nak hupdate.
assalamualaikum..........

Jangan Letak Nilai Pada Diri Anda Kerana......

Assalamualaikum.....

Please ladies, girls, women.......
Kita lebih bernilai dari harga wang hantaran itu sendiri.....
Kenapa nak cakap,

"Bie.. sayang nie lulusan Master, takkan nak bgi RM8K je?
Tak adil la macam ni, mak ayah saya habiskan duit tau nak
sekolahkan I...."

*Cakap macam tak pernah sekolah....

Haish, kemampuan boyfriend/tunang anda adalah terhad ok,
KECUALI la, boyfriend/tunang tu dah keja lebih 20 tahun,
memey la duit dia dah banyak kot, bayangkan baru keja
1 tahun lebih, nak minta demand.

So, bila rasa sayang kat boyfriend/tunang, sila hormati
keputusan dia dan keluarganya....
We never knows, lepas kawen dia mampu bagi lebih dari
10K, betul tak?

Jangan sebab dia tak mampu bagi sepertimana yang anda
nak, anda mula la merajuk bagai. Kesian dia keja pagi petang
siang malam, makan pun kena jimat, ade korang tau?

Kita sebagai manusia hamba Allah, bila-bila masa boleh pergi
yang tak kan kembali, jadi buat apa fikirkan benda duniawi 
dengan begitu serius, sedangkan kita sepatutnya mengumpulkan
amal dan memperbanyakkan pahala, bukan DUNIAWI SEMATA.


nonsense...... tak perlu la meletak nilai macam ni, sedangkan anda lebih bernilai
dari wang ringgit dan emas. :)

Al-Fatihah Untuk Dia...

Assalamualaikum.....

Pertama sekali mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk makcik emy.....

Perginya sangat cepat,
Tanpa sempat aku untuk menyapanya lagi,
Tanpa sempat aku mendengar guraunya lagi,
Tanpa sempat aku melihat senyumannya lagi....

Perginya buat aku terkilan, tapi aku redha,
Hajatku tak kesampaian,
Hajatnya juga sama,
Ingin melihat aku di atas pelamin,
Katanya kenapa buat lambat sangat?
Terngiang-ngiang kata-katanya di telinga ku sampai tika ini...

Segala rahsia ku ada di tangannya,
Aku luahkan segalanya kepadanya,
Dia umpama ibu keduaku....
Dia orang pertama mengajarku memasak,
Dia memaksaku untuk patuh ajaran agama,
Dia juga tempatku berkongsi gembira....

Aku menyesal kerana aku banyak bersalah padanya,
Banyak silapku padanya,
Moga dia telah memaafkan ku....
20 tahun membesar bersamanya banyak mengajarku erti kehidupan,


AL-FATIHAH buat makcikku...


Jangan Perbetulkan Salah Orang Je....

Assalamualaikum...

"Eh, bos tu kan, sepatutnya dia buat macam ni, macam tu,
bos kat tempat lain lagi best dari dia ni tau"


"Kakak tu sembahyang, jaga sopan santun, tapi tak tutup aurat"


"Dia tu ustaz je, tapi perangai tak macam ustaz pun"

Itu adalah ayat2 orang yang tak berapa nak sedar diri sendiri
yang serba KEKURANGAN, tapi nampak kekurangan orang
lain.
Sila angkat tangan sape penah buat macam tu, err aku pernah
je. Tapi kena la ingat selalu kan, diri sendiri lagi la banyak
kekurangan, tapi konon nak betulkan kekurangan orang.
Sepatutnya betulkan kekurangan diri sendiri sebelum nak betulkan
orang lain.

Orang yang banyak betulkan kekurangan diri, tak akan ada masa
untuk betulkan kekurangan orang lain. Maksudnya dia tak akan
ada masa untuk MENGUMPAT orang lain. Mari kita renungkan
bersama....

best!

Baru la aku bangga

Assalamualaikum...

"Hello".....
"Ameng ka?"
"What? Ameng? Emy la....."

Ok, faham tak?

Ameng tu my lil bro. agak kejam kan bila orang tak leh differentiate
suara laki ke pempuan. time kasih la sayang oi.....
Time tu memang aku tak suka angkat fon rumah, sebab memang
orang akan cakap "Ameng ka?"
Hmm, agak menyampah. Nasib baik diorang tak ingat aku ayah aku.
haha

But now, aku rasa bangga semangkuk, kembang 
sangat dah rasanya.
SEBAB kan..... sebab bila tengok ON-AIR and juri cakap 
diorang
suka suara yang heavy and tegas. 
*eh suara kau tegas ke?* abaikan.

Semua benda diciptakan ada baik n buruk nya kan? Tapi sekarang
aku dah bleh kontrol suara heavy aku and buat2 suara comel.
*alahai, tak suka buat2 suara comel ni, tak de klas sangat* hehe

Ok, dah la. tu je kot. Korang semua yang suara heavy2, macam aku
jangan down tau or nanti buat2 suara comel. takyah tu semua, suara
kita sedap tau kalau jadi pengacara majlis ke, menyanyi ke, hekhek
SERIUS. haha mesti korang tengah imagine, n terasa nak kol aku,
haha ok dah. *gedik.

p/s: takde la suara aku macam laki, tapi diorang ingat aku ameng sebab
time tu adik aku baru meningkat remaja, so suara die, macam male+female
ckit. haha

nah, gedik tak? 


Pernah Tak Rasa Kasihan?

Assalamualaikum,

Kasihan tengok mereka tunggu bas, van, keta.......
Kasihan tengok mereka bawah panas ngan anak kecil......

Macam kejam tak bila cakap kasihan je?
Nak tolong, tapi takut. Ye TAKUT.

Bila aku hanya mampu tengok mereka tengah tunggu
apa jua kenderaan yang boleh bawa mereka ke tempat
yang dituju.

Aku sangat teringin nak tolong. Tapi TAKUT, haish
sudah2 la cakap takut. Want to know WHY?
Sebab aku takut mereka penyamun, perompak,
perogol bersiri, apa jua watak2 jahat yang mereka
mampu mainkan.

Apa ke sangat jahat otak aku fikirkan benda macam tu?
Hmm tapi serius, mak banyak kali pesan, nak buat baik
boleh, tapi jangan diri sendiri teraniaya....

Doakan aku selamat bila aku bertujuan baik..... :)

mcflurry horlick yang aku rasa sgt manis!

Beby.Beby tol.

Assalamualaikum,

Nak mention first, aku bukan nak mencarut sesapa. Tapi hakikatnya
memang nama binatang/serangga/benda alah ni nama dia BEBY.
Kat tempat aku panggil PIKAT BEBY.

Haha nak memikat ke? ceh, bek aku g tido je. benda alah ni macam
lalat lebih kurang la, tapi lagi besar dari lalat. Fungsi dia TAK macam
lalat pun, entah dari mana benda alah ni datang.

Aku rasa serangga ni macam lebah ye jugak, sebab keje dia macam
nyamuk. Tapi lagi azab kalau kena sengatan dia ni. Tempat dia gigit tu
nanti akan membengkak n keras + gatal SANGAT.

Maybe tempat aku je kot ada benda ni. Tadi baru je aku melakukan
pembunuhan bersiri, sebab aku takut dia gigit anak buah aku yang
kecik tu. Tak memasal budak tu meraung kang, hehe


bahaya tak rupa dia? 
hehe

Nyanyian Sakaratulmaut...

Assalamualaikum, pagi Ahad.

Sape ada nengok cite ni semalam? nak berkisah la kan, macam tak puas
ati lak ngan ending die nie. bukan pe la kan, dah Norain (Neelofa) tu
konon insaf,
then datang la kekasih lama Talib (Shahezy Sam*ex Bf ku) haha bawa balik
Norain ke jalan yang hitam tu. Kira dia skandal la ngan Talib kan, padahal dia
dah bersuami,
Apa yang tak puas atinya? Meh aku listkan:

a) Motif cite apa? Nak bawa Norain ke jalan yang benar? Tapi ending
tak kaw kaw punya, err payah la nak menerangkan.

b) At least tinggalkan la sorang zuriat untuk husband Neelofa tu.

c) mana peginya Talib di hujung cerita?

P/S: ke aku ni lembab sangat? orang lain dah dapat tangkap apa yang tersirat
kat endingnya? aish, ok la, aku pun bukan pengkritik filem. hehe



Asal Jumaat je......

Assalamualaikum...

Ha, malam Jumaat ni korang buat pe? ce listkan sikit, hehe

a-Lepak kedai, makan2 ngan family.
b-G ngedat ngan BF/GF..
c-Tengok SUPER SPONTAN!

yeah, jawapan aku C, hehehe sangattttt teruja kot. Malam ni
FINAL ye korang. Aku ngan kakak aku n kazen aku *panjang
tol penerangan aku* kitorang memang pilih Zizan or Johan je,
yezza,bak kata kami, yang len2 peluang tipis la...

Tapi antara Angsa Ganas n Beruang Comel aku minat group
AG, SEBAB? gabungan diorang ada Zizan n Zahid.
Tapi abe Zahid out awal sangat. baru je nak feeling2 nengok
die, dah out.

Ok, lah, meh kita enjoy nengok mereka ni, jangan putuskan
urat2 perut anda sebab diyakini mereka MENGGANAS n
MENCOMELKAN diri malam ni, yeeaaahaaaaa!


abe ku diusung pergi.. huwaa

Mana Perginya Blogger Tegar?

Assalamualaikum.......

Hari ni cuti! Yea yea......hehe Isnin pun cuti lagi. Best.
*duk lepak kat umah sambil kenyit2 mata kat kucing*
haha merepek.

Sape perasan ramai dah blogger2 tegar menghilang?
Tak nak menulis lagi ke? Ke dah tak de idea.....
Rindu sangat2 nak menjejak korang... uwaaaaaa

Tapi seyesly, mula2 berblog dulu bukan main, sehari
sampai 2,3 entry aku tulis, kadang2 sampai 4 pun ada,
semua benda nak tulis, sekarang? hahaha well, kekangan
waktu kot. hehe, terer tak bm aku?
*aah, ko dapat A bm kan?* perasan..... hehe

Sekarang tak macam dulu rasanya, ke aku je yang rasa
cam tu? kalau dulu meriah kot, sekarang macam kurang
sikit feel berblog ni, hehe

Orait tak nak emo2 cuti ni, jom kita meluangkan masa
dengan family tersayang. :)

Salam jumaat semua.......

my nenek n lil arissa.... 


"Segmen Eza: JALINAN KASIH SEBLOGGER"


dah lama tak bersegmen-segmen ni,
saja je, sebab dah lama tak menempekkan 
segmen. 
Orait selamat bersegmen,
nak join klik banner u ollz. 
(tarikh tutup: 1 Jun 2012)

Pasal Kuew Tiaw Bergaduh

Assalamualaikum.....

Saya mengaku saya nak makan kuew tiaw kungfu tu!
Saya nak makan suka hati saya la!

Hikss,*terlampau lak intro tu ye, :)

Nak cite pasal kuew tiaw KUNGFU ni, punyalah aku
minat giler makan kuew tiaw ni, tak tau nape MALAS
nak masak sendiri. Bukan apa, kat tempat emy ni tak
ada satu kedai pun yang ada menu kuew tiaw kungfu.

Sebab tu kena masak sendiri emy oi. Jawapan: M.A.L.A.S,
sebab yang makan nya aku sorang, diorang kat rumah ni
bukan nak makan pun, kang melantak sorang tak ke jadi tong
drum. haha

Ekcely nak compare kan kuew tiaw Shah Alam dengan
kuew tiaw K.K, sangat jauh beza ooooo, kuew Shah Alam
TERBAEK, kuew tiaw K.K sangat spoil, sebab seafood
kurang, sayur dia letak cam pelik, letak cendawan butang
dalam tin, sangat OUT OF D TOPIC ye pakcek.....




#CE TEKA YANG MANA SATU SHAH ALAM N
YANG MANA SATU K.K? HEHE

Books to let go. Free je

Orait sape2 nak buku-buku ni?
Emy nak bagi free je, korang just bayar POSTAGE SAHAJA.
Berminat tak?
Maybe nak buat collection or nak guna,
tak larat nak simpan kat rumah dah..... sebab nak renovate segala,
so terpaksa la lepaskan......

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

Buku-buku ni more to bebudak yang amik TESL,tapi if berminat 
boleh je kan? hehe so, ada pa pe, nak ke, contact me 019-3430437....... 
semua dialu-alukan, 
assalamualaikum.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...